Entry kali ini saya mahu kongsikan sedikit ilmu yang saya dengar dari Ustaz Yusinne Yahya,
yang saya dengar DI http://www.kuliyah.net/v02/index.php,
and then i made a brief summary.
Orang munafik ialah orang yang rosak imannya
Mereka ialah golongan kafir,yang ingkar kepada Allah
Mereka akan berada di tingkat paling bawah di neraka Allah.
Lagi bawah dari golongan kafir.
Salah satu sifat orang munafik ialah riak.
Riak ialah perbuatan orang munafik yangg tersembunyi dalam hati,bukannya zahir.
Satu perbuatan yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t
Jadi, Rasulullah s.a.w sentiasa memberi nasihat agar sentiasa bersangka baik,
buruk boleh, tapi mesti kena pada tempatnya.
Tetapi, husnuzzon mestilah melebihi sukuzon.
Menurut Imam Ghazali,
Riak adalah seorang yg melakukan perkara baik(ma'ruf) untuk mencari kedudukan di hati manusia.
Mahukan populariti,mahukan puji,mahukan masyur,mahukan glamour dan sebagainya.
Menurut Saidina Ali, riak ada 3 tanda,
1 malas bila bersendirian.
2 rajin bila di khalayak ramai.
3 menambah amal bila dipuji kurang bila dicela.
Ini merupakan kayu ukur, untuk mengukur, sama ada bila kita beramal, kita ikhlas atau riak.
Riak juga boleh didefinisikan sebagai membuat amal kerana manusia,tinggal amal pun kerana manusia.
Contohnya, orang yang selepas sembahyang fardu zuhur,
mahu menunaikan solat sunat ba'diah,
tetapi membatalkan niatnya kerana takut dikatakan riak oleh orang di sekelilingnya,itupun sebenarnya riak.
Kita meninggalkan amalan kerana manusia.
Dalam islam, riak tergolong dalam syirik kecil
Sesiapa yang riak dalam sembahyangnya,akan dimasukkan ke dalam neraka wil.
Riak itu boleh merosakkan pahala amalan.
Di akhirat nanti, orang yang riak, Allah akan suruh dia minta pahala dengan orang yg dituju riaknya semasa di dunia.
Jadi kita buat amalan kerana siapa? adakah untuk mendapat tempat di hati PM, wakil rakyat ,gf, atau kawan?
Di akhirat nanti, pada orang itulah kita akan meminta pahala, bukanya pada Allah.
Natijahnya, orang munafik beramal dengan riak, orang mukmim beramal dengan ikhlas.
Wallahualam.
3 comments:
takot nyer..
kdg2 riak ade dlm diri kita secara sedar ataupun tak. riak, ujub tu mainan syaitan. sume org x terlepas. kecuali org yg ikhlas dlm segala ibadahnya. moge2 kita sume tergolong dlm golongan yg ikhlas beribadah krn Allah. insyaAllah :)
Amin...
Astaghfirullah. :'(
Thanks for sharing brother.
Post a Comment