Assalamualaikum wrt.
Dari mana kita datang?
Kenapa kita di sini?
Ke mana kita setelah terpisahnya roh dari jasad?
Sedarkah kita?
Begitu ramai manusia hebat.
Begitu ramai 'thinker machines'.
Plato dengan falsafahnya,
Pemikirannya mampu membuat Athens turut serta memikirkanya.
Tetapi,
satu perkara mungkin mereka tidak terfikir akannya,
dari mana datangnya mereka,
siapa yang membuatnya mampu berfikir,
siapa yang mampu menghadirakan rasa cinta?
Hari ini, kita pasti punya jawapan kepada persoalan ini.
Mudah. Allah SWT jawapannya.
Tetapi kita yang punya jawapannya sejak kecil,
susah pula mahu mengamalkan suruhanNya.
Yang sesuai dengan diri di ikut,
Yang menyusahkan diri, pelbagai alasan dikemukakan, supaya senantiasa tampak baik di mata manusia.
Cukuplah kita dengan sandiwara kita.
Tolong, ambil islam dengan sepenuhya.
Terjemahkan al-quran ke dalam diri kita.
Akhir kalam,
Mari kita cabar diri kita.
Jika orang bertanyakan, "apa itu Islam?"
Persiapkan diri untuk menjawab,
"Lihatlah diriku, maka akan kau lihat Islam"
2 comments:
suka ayat yang last tu. ^^
Mari kita cabar diri kita.
Jika orang bertanyakan, "apa itu Islam?"
Persiapkan diri untuk menjawab,
"Lihatlah diriku, maka akan kau lihat Islam"
insyaAllah..amin2.sebab itu lah tarbiyah diperlukan :)
semoga Allah kuatkan.
may Allah bless :)
terima kasih atas peringatan.
dan ye, setuju cakap akak syafiqah! :)
Post a Comment