Sunday, April 10, 2011

Jiwa ini untukmu

Assalamualaikum wrt.

Apa khabar Iman anda?
Moga sentiasa mantain di tahap tertinggi.
InsyaAllah.
Di celah-celah kesempitan masa untuk menyediakan kelengkapan berperang imtihan dunia, saya cuba meluangkan secebis masa untuk berkongsi rasa bersama pembaca.

Tahukah kalian apakah perjuangan utama kalian?
Ya, kalian betul. Membebaskan Al-Aqsa.
Perperangan 63 tahun yang kelakar dan paling tidak adil dalam sejarah penciptaan manusia.
Senjata moden vs batu. Kelakar kan?
Inilah perjuangan yang telah dijanjikan kemenangannya oleh Allah S.W.T.
Tetapi,
persoalannya, adakah kita turut serta dalam perjuangan ini?
Perjuangan membebaskan Al-Aqsa. Tempat yang dimuliakan Allah di dalam Al-quran.


Saudara-saudaraku,
Ini bukanlah isu tanah, isu penjajahan, atau isu bangsa.
Tapi, ini adalah isu bumi suci umat islam yang mesti dipertahankan.
Ya, tanggunjawab kita sebagai muslim.
Seramai 1.6 bilion umat islam di dunia.
Kalau semuanya berganding bahu menyelamatkan Al-aqsa,
InsyaAllah kemenangan itu milik kita.
Akan tetapi, adakah kita buih-buih di lautan yang pernah disabdakan oleh Rasul kita?

Diriwayatkan dari Tqausan r.a Rasulullah SAW bersabda: “akan terjadi, bersatunya bangsa-bangsa didunia menyerbu kalian seperti sekelompok orang menyerbu makanan”. Salah seorang sahabat bertanya: “apakah karena jumlah kami dimasa itu sedikit”. Rasulullah menjawab : “jumlah kalian banyak tapi seperti buih dilautan. Allah mencabut rasa takut dari dada musuh-musuh kalian dan Allah menanamkan penyakit ‘wahan’ dalam hati kalian.” Lalu ada yang bertanya lagi :“apakah penyakit ‘wahan’ itu ya rasulullah?” Beliau bersabda : “ Cinta kepada dunia dan takut mati!”.

Takutkah kalian pada mati?
Jangan bimbang, perjuangan ini tidak akan mematikan kalian jika bukan itu kehendak Allah S.W.T.
Jika bukan itu yang tertulis di Luh Mahfuz
Mari kita tanam dalam hati kita, bila tiba saatnya nanti apabila tiada apa yang boleh menghalang kita untuk turut serta berjihad melainkan hanya takutkan mati, lawanlah, tinggalkanlah dunia ini untuk agama Allah.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan. Ali Imran:56

Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. Mereka berkata: "Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya)". Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): "Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?" katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing". Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. Ali Imran:54
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). Surah At-Tawbah:24


Ingin tahu hakikat sebenar?
Bukan mereka penduduk Gaza yang perlukan kita,
kita yang sebenarnya memerlukan mereka.
Mereka punyai nilai yang sepatutnya kita contohi.
Kekuatan agama yang mantap, ketahanan mental dan fizikal, dan keberanian yang dikurniakan Allah S.W.T

Jangan kita fikir kita yang memberi pertolongan,
Jangan kita fikir tangan kita di atas dan tangan mereka di bawah,
Jangan kita fikir kita lebih mulia,

Kerana kebenaranya ialah mereka yang menolong kita untuk membebaskan Al-aqsa.

2 comments:

Infiru said...

Allah...diri tertunduk malu tatkala membaca cebisan kalam wahyu..

ingin menjadi tangan-tangan yang membebaskan al aQsa.beruntungnya saudara palestin kerana sentiasa berpeluang berjihad mempertahankan agama.

Allah,permudahkan mereka!

Luna Wafa' said...

jazakallah .