Thursday, July 21, 2011

Tentang Kita

Sesiapa sahaja pasti diuji.
Nelayan diuji dengan angin ribut,
Petani diuji dengan kemarau,
Ya, dan kita juga. Dengan ujian kita sendiri.

Walau seberat manapun ujian, jangan mengeluh.
Kalau kita menghitung nisbah kesenangan dan kesusahan yang dikurniakan Allah s.w.t, barulah kita sedar,
Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.
Anugerah darah yang mengalir sempurna dalam badan pon tidak pernah disyukuri, sedangkan kalau Allah mahu, boleh sahaja Allah menghantar hambanya, si Anopheles untuk menyekat sistem peredaran darah kita. Lantas merosakan organ2 dalaman kita.
Tetapi, alhamdulillah hari ini darah kita masih mengalir sempurna. Masih kekal nikmat itu.

Ingatlah,
bukan kita seorang sahaja yang diuji,
bukan kita yang dugaannya paling hebat,
Jika hendak dikira segala ujian yang dilalui oleh nabi-nabi dan rasul-rasul, ia jauh lebih teruk.
Ada yang dihalau dan diburu.
Ada yang difitnah berbuat serong dengan isteri raja.
Ada yang ditumbuhi kudis penuh di tubuh.
Ada yang kepalanya digergaji.
Ada yang dilontar ke kawah mendidih.
Ada yang dicampak ke dalam unggun api.

dan anda masih rasakan diri anda paling hebat diuji?
jawaplah dengan iman.

Jadi, usahlah mengeluh.
Tukarlah gelisah hati anda menjadi ibadah, dengan sabar. InshaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh, dan menghina nasab orang."

Dan sabda Rasulullah s.a.w pula:

"Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka."
(Riwayat oleh Imam Majah)

Di facebook, begitu ramai yang menzahirkan kegelisahan dan kesedihan akan akan masalah yang dihadapi.
It's okay untuk berkongsi masalah, tapi janganlah sampai terdetik satu perasaan tidak redha dengan ujian yang diberi.

Allah s.wt menguji bukan bererti Dia membenci. Bahkan itu tandanya orang itu sedang dirahmati kerana diberi perhatian. Sekurang-kurangnya orang itu ada peluang untuk bersabar. Sabar, itu yang dikatakan ibadah. Bagi orang yang selalu tidak redha dan selalu marah-marah, dia perlu semak sama ada dia sembahyang dengan khusyuk atau main-main? Betulkah dia benar-benar bertuhankan Allah s.w.t dan mengabdikan diri kepadaNya sepenuhnya dalam segenap ketika di sepanjang masa?

Wallahu a'lam..

1 comment:

naar said...
This comment has been removed by the author.