Tuesday, April 3, 2012

Satu


Destinasi yang satu,
tetapi banyak pula gerabak dan haluannya.
Aku ingin mengajak kamu, bersama di dalam satu gerabak.
Bersama berkongsi rasa,
berkongsi indah atau jeleknya pemandangan,
sebelum tibanya kita, pada destinasi yang pasti.


moscow, russia
0218 04042012

5 comments:

Anonymous said...

Kamu percaya cinta yang jatuh atas kerana agamanya ?


Saya selalu baca blog kamu. Saya sering memikirkan setiap kata kata kamu. Tapi tolong jangan susah hati. Jaga hati kamu hanya untuk Allah. Saya berharap kamu mendapatkan yang solehah. Ameen.

MohdHafizan said...

Si solehah itu tentu2nya satu bonus untuk diri yg xsoleh ini. Tapi, amiin!. Terima kasih untuk doanya.

sebenarnya, cukup kalau sekadar faham urgensi dakwah, dan sama fikrah.

Anonymous said...

Ohh :) InshaAllah.


Lagi satu, boleh saya tahu wanita solehah dari sudut pandangan kamu ? Kerana setiap pandangannya berbeza-beza. Mungkin wanita di luar sana masih mencari2 erti sebenar solehah.

Sekadar bertanya. :)

Salam alaik.

MohdHafizan said...

sudut pandangan saya?
kalau mahu dinilai dari sudut pandagan manusia(termasuklah saya), eri solehah tu memang berbagi-bagi banyaknya. Berbeza setiap manusia itu mendefinisikan solehah.

jadi yg terbaik, ciri2 solehah itu selayaknya digariskan oleh Allah swt sahaja. Mana mungkin si solehah itu sendiri menilai pandangan manusia pada 'sesolehah' manakah dirinya kan?

Allah itu kan suka pada manusia yg taat. Jadi, perempuan yg ikhlas ketaatannya pada Allah itulah Solehah.

Teringat satu hadis,
"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Wallahualam,
Sekadar pandagan saya yg doif.

Anonymous said...

Ahsanta. Syukron jazilan.

Salam alaik.