Friday, July 27, 2012

jalan ini ialah jalan kasih dan sayang

Ternyata,
jalan dakwah yang berliku panjang ini,
membutuhkan ramai lagi manusia 'penyayang' untuk turut serta berjuang di atasnya.
Ternyata,
dakwah ini butuhkan daie 'penyayang'.
daie yang mampu menyentuh lembut hati pelaku dosa dengan kasih sayang,
lantas meninggalkan kesan keimanan yang mendalam pada hati yang gersang.
Ternyata
dakwah ini tidak perlu kepada mereka yg hanya suka memerhati pelaku dosa,
dan kemudian hanya mampu meletak label 'pendosa' pada pelaku dosa dan mencelanya.
Sedangkan mereka sedikit pun tidak berusaha mengenali pelaku dosa itu.
Apakah mereka mengira tiada harapan langsung bagi pendosa?
bukankah mereka dahulu juga begitu?


Dakwah ini adalah kasih sayang,
kita mengajak manusia dekat dengan Allah kerana kita kasih dan sayang,

"Agama ini tidak dimulakan dengan menggunakan kekuatan otot, dan kekasaran perkataan, mahupun pertembungan dan ancaman, tetapi ia dimulakan dengan perkataan yang baik, dan dengan rasa sayang"-Abbas As-Sisi

terengganu, malaysia
0405 28072012

3 comments:

hidayahjaffri said...

nice entry :)
Hidup ini atas landasan taqwa pada Allah, mengharapkan keredhaan Allah dan menjalani kehidupan ini semata-mata kerana rahmat Allah.. Bertaqwa, maka akan BAHAGIA. Insya Allah.. ^_^

Salsabila said...

:')

kasih sayang.

perkataan yang hebat sebenarnya.
Jzkk atas perkongsian.

Anonymous said...

sama-sama renungkan...insyaAllah