"Sesiapa yang bernazar dirinya untuk hidup demi agama maka dia akan hidup dalam keletihan, tetapi dia akan hidup sebagai orang yang agung dan mati sebagai orang yang agung" - al-Syeikh Ahmad Yasin.
Apabila melangkah masuk sahaja ke dalam dunia dakwah dan tarbiyyah,
tidak dapat dinafikan penat dan lelah akan turut mengiringi,
selalu sahaja berdoa untuk menjadi sehebat akh- akh di luar sana yang kelihatannya seperti tidak mengenal erti letih,
terkadang berangan juga letih ini tidak pernah wujud. -.-
tetapi hari ini seperti ditampar, sedar,
sehebat manapun para duat di luar sana, hatta figure dakwah yang hebat seperti Syeikh Ahmad Yasin sekalipun,
mereka juga tidak terlepas merasai jerih perih perjuangan dan pengorbanan,
tetapi mereka tidak pernah pun mengangkat kaki untuk keluar dari perjuangan menentang kebatilan ini,
mungkin,
yang meneruskan laju hayunan langkah kaki mereka ialah kerana mereka tahu dan sedar,
keletihan adalah sunatullah para pejuang,
yang akan dirasai oleh setiap pejuang yang begitu ikhlas hatinya,
kemanisan berjuang hanya akan dapat dirasai apabila kita menyerahkan sepenuh diri hanya pada dakwah dan tarbiyyah,
menyerahkan diri sepenuhnya untuk digunakan sepenuh masa untuk agama Allah,
dan mungkin keletihan inilah sebenarnya kemanisan, keletihan inilah sebenarnya keagungan,
yang akan kita bicara tentangnya di syurga kelak, dan ketika itu pasti manusia yang lain mencemburuinya.
3 comments:
assalamualaikum...salam bloq...nice minus one song...
waalaikumussalam wrt,
terima kasih.
assalamualaikum akhi.. boleh,tapi penghantaran hanya dalam malaysia (kerana kekurangan dana).. jadi boleh hantarkan samada ke rumah enta di malaysia/rumah mad'u enta.. boleh hubungi ana di pospenamaya@gmail.com .. di sana nanti boleh berikan nama penerima nombor telefon penerima dan alamat penerima.. al-quran boleh diberi kepada mad'u semasa cuti summer.insya-Allah.
Post a Comment