Wednesday, February 23, 2011

JANGAN LUPA



Dihanyut kesibukan dunia, kita sering lupa untuk mendoakan kejayaan saudara-saudara islam kita yang sedang dalam perjuangan menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Ada semangat kental dalam diri mereka. Hati yang besar. Kecintaan pada agama melebihi ketakutan mereka kepada taburan peluru. Lantas batu digenggam kemudian dibaling. Bukannya mereka bodoh, mereka sangat tahu bahawa batu itu tidak mampu meluluhkan semangat musuh mereka, apatah lagi menumbangkan sebuah kereta kebal. Tetapi itulah bukti cinta mereka. Bukankah syahid itu impian setiap mujahid? Pasti mereka tahu, apalah sangat sakit ditembak mati jika dibandingkan dengan nikmat syurga yang menanti mereka para syuhada.

Ayuhlah saudaraku,
Meskipun tidak dapat bersama mereka,
Sekurang-kurangnya, angkatlah tangan kita,
Mintalah pertolongan daripada Allah.
Semoga tertegaknya izzah islam di muka bumi ini.
Amin

No comments: