Monday, February 7, 2011

Moskwa



Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah. Empat hari yang penuh pengisiannya.
Kedatangan parent Zaki membawa kami meneroka bandar Moskva.
Kesibukan hidup seorang pelajar membataskan hasrat kami untuk menjelajah ibukota sebuah negara yang satu ketika dahulu berada di bawah pengaruh komunis.
Adanya 'pemandu pelancong' yang mengiringi memudahkan trip ini.
3 beranak


Hari pertama.
Red Square. Di sinilah terletaknya makam Lenin, seorang tokoh yang membawa pengaruh komunis di Rusia.
Kremlin juga tersergam indah, sarat dengan sejarahnya sendiri.
Cuaca sejuk di bawah paras beku berserta angin yang kuat seakan memaksa kami beredar dari situ.
"Ilmu itu suci, kalau betul nak ilmu itu meresap ke dalam jiwa kita, kita kenalah sucikan hati kita, mulakan proses mencari ilmu itu dengan niat kerana Allah s.w.t", Sedikit nasihat yang diberikan oleh emak Zaki.
Beliau menyambung lagi,"Hatta matahari pun patuh pada perintah Allah, menyinari kehidupan manusia, tanpa mengira mereka hamba yang kufur atau beriman. Jadi, kita sebagai sebaik-baik kejadian perlulah lebih dari itu".
Usai melawat Red Square, tibalah masa memenuhi kehendak perut yang meronta mahu diisi. Kami ke McD.
Tetapi menu bagi muslim agak terbatas, hanya Filet o Fish menjadi pilihan, samada suka atau tidak.
Kremlin
Wah. Salji dah turun.

Hari kedua
Solat di masjid yang terletak di Prospek Mira. Walaupun ini bukan kali pertama menjejakkan kaki di masjid ini, perasaan yang sama masih dirasai. Hiba dan terharu. Di sebuah negara yang majoriti penduduknya adalah penganut agama kristian, masih berdiri teguh sebuah masjid. Menariknya, masjid ini dalam pembangunan. Ada bangunan baru beserta kubah yang sedang didirikan. Apakah menandakan semakin berkembangnya pengaruh islam di sini? Wallahualam.
Ketika solat jumaat, kapasiti masjid ini memang tidak mengcukupi untuk menampung semua jemaah yang hadir. Jadi, sebahagiannya terpaksa solat di luar masjid. Sembahyang di luar masjid ketika musim sejuk cukup memeritkan.
Bayangkan, suhu -15. Sejuknya hingga ke tulang hitam. Membuatkan kami bersyukur lahir di sebuah negara Islam. Alhamdulillah.
Satu lagi perkara menarik perhatian saya ialah apabila tibanya solat berjemaah.
Saf dijaga dengan begitu sempurna. Menutup sepenuhnya peluang untuk syaitan. Kaki-kaki dirapatkan.

Selesai solat zuhur,
Kami berangkat ke Babylon, dikatakan antara mall terbesar di Moskwa.
Tiada yang menarik untuk dikongsi. Hanya melihat kawan-kawan membeli-belah.

Destinasi seterusnya, Arbat street.
Tempat untuk pelancong-pelancong mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang.



Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, kami ke sebuah restoran india. Salah satu restoran yang di iktiraf halal oleh kedutaan Malaysia. Nasi Beriani menjadi pilihan. Alhamdulillah, nasi memang banyak. Harganya lebih kurang 300 rubble, bersamaan Rm30. Ya, memang mahal. Untuk pengetahuan anda, Moskwa berada dalam top 10 most expensive city in the world. Jadi kami di sini memang mengamalkan masak sendiri di hostel. Lagi berbaloi.


Hari ketiga.
Hari seterusnya, destinasi kami hanyalah satu tempat sahaja.
VDNKH.


Di metro berhampiran sinilah letaknya satu exhibition center yang mempamerkan replika-replika alatan untuk penerokaan angkasa lepas. Ini bukan bidang saya. Jadi, saya tak hurai panjang pasal angkasa lepas ni. Apa yang membanggakan kami anak Malaysia ialah adanya kelibat gambar angkasawan kita.


Hari keempat.(Hari terakhir)
Penghulu segala hari. Usai mengerjakan solat Jumaat, kami ke Dekanat( Dean's office). Menunaikan hajat ibubapa Zaki, mahu melihat tempat di mana anaknya belajar. Hari ini ialah hari yang paling istimewa. Emak Zaki akan memasakkan kami masakan dari Malaysia. Memang sedap. Ayam masak lemak cili padi dan ayam masak merah. Terasa bagai berada di Malaysia buat seketika.


Empat hari berkampung di sini, tibalah masa untuk pulang kembali ke Malaysia. Saya dan kawan sepakat untuk membuat satu kejutan kepada untie. Dua orang kawan saya mengiringi mereka ke airport, menaiki train.
Strategi diatur sebaiknya, saya dan Hizami menaiki bas ke airport. Kami dengan misi kami sendiri, belikan bunga kepada untie. Pertama kali ke kedai membuatkan saya berasa canggung. "Bunga apa mahu beli? Bunga apa perempuan suka?". Seribu pertanyaan. Ditambah lagi dengan penguasaan bahasa rusia yang masih lemah. Dua kuntum bunga dipilih secara rambang, kemudian ke kaunter. "Untuk siapa?", tanya si penjual bunga. "Untuk Mama". Katanya dua kuntum bunga bukanlah adab memberi bunga yang baik. Sekurang-kurangnya tiga kuntum. Kami akur sahaja. Di kesempatan yang ada, kami bertanyakan arah bagaimana untuk ke airport. Alhamdulillah, jumpa akhirnya.
Tak tahu bunga apa.
Si penulis bersama bunga.

Couple contoh
Akhirnya kami sampai ke airport. Sebelum mereka berangkat pulang, kami bermaaf-maafan. Semoga ukhuwah ini terus utuh. InsyaAllah.
Alhamdulillah, mereka selamat sampai ke Malaysia.
keletihan.


Nota kaki : Percubaan menggunakan bahasa yang lebih matang.


No comments: