Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum wrt.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T.
Selesai sudah perjuangan tahun pertama di I.M Sechenov First Moscow State Medical University.
Alhamdulillah, di sebuah negara yang mengagungkan kebebasan, islam bukanlah cara hidup,akan tetapi hidayah Allah masih datang mencurah pada hati yang gersang akan cinta Illahi. Sekeping hati yang dahulunya boneka yahudi, kini kembali sedar. Kembali sedar akan tujuan penciptaanya. Hati itu nekad untuk berubah, tidak lagi mahu menoleh pada kejahilannya. Hati itu telah tahu, tiada guna mengejar dunia sedangkan akhirat tercicir jauh ke belakang. Syurga, ya. Itu destinasinya. Biarpun ramai mengatakan jalannya penuh dugaan, tapi masih dia mahu mencuba. Doakan kejayaannya. Moga dia istiqamah pada jalan yang dipilihnya, moga dia tidak segan silu pula mengajak hati2 yang lain untuk ikut serta mempunyai cita yang sama.
1 comment:
Assalamu'alaikum.
Aku sebagai ex-homeroom mate dengan jujur cakap, aku sangat sangat bangga dengan perubahan kau. Alhamdulillah. Semoga thabat dan istiqamah.
Post a Comment