Saturday, July 20, 2013

Aqidah ini memang ajaib!

Dan Dia Yang mempersatukan hati-hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allah Subhanallahu wa Ta’ala telah mempersatukan hati-hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Anfal: 63)”

"Aqidah ini memang ajaib!" seru Syed Quthb ketika Fi Zhilalil Qur'an yang dia susun sampai di ayat ini.
"Ketika telah meresap dalam hati, ia akan menjadikan hati itu dipenuhi cinta dan kasih sayang di antara sesamanya. Yang keras beralih lunak, yang kasar menjadi lembut, yang kering berubah menjadi basah, yang liar menjadi jinak. Ia berjalin kelindan di antara sesamanya dengan jalinan yang kukuh, dalam dan empuk."
"Tak ada yang mengetahui kegaiban himpunan hati ini, kecuali Dia yang telah mempersatukannya. Tak ada yang merasakan indah kecuali hati-hati itu sendiri. Mereka berikrar untuk bermesra di-jalanNya."
- Salim A. Fillah ; Dalam Dekapan Ukhuwah
Adakah kau dapat merasainya? Aliran aqidah yang membangkitkan cinta, yang menundukkan ego, dan memurnikan jiwa?

Aku?
Aku teringin sekali merasai dan menikmatinya. Kamu? justru iman kita lah yang harus kita perbaiki dahulu.

nota kaki : dan buat kamu yang membaca, aseef jiddan jika sebelum dan selepas ini kerana kejahilan aku, aku tidak  memenuhi hak ukhuwah antara kita. 

Friday, March 15, 2013

Niat










Sandarkan perjuangan engkau semata- mata kerana Allah,
supaya engkau tidak berasa letih ditengah- tengah perjalanan.
Lillah.










Wednesday, February 6, 2013

Letih

"Sesiapa yang bernazar dirinya untuk hidup demi agama maka dia akan hidup dalam keletihan, tetapi dia akan hidup sebagai orang yang agung dan mati sebagai orang yang agung" - al-Syeikh Ahmad Yasin.

Apabila melangkah masuk sahaja ke dalam dunia dakwah dan tarbiyyah,
tidak dapat dinafikan penat dan lelah akan turut mengiringi,
selalu sahaja berdoa untuk menjadi sehebat akh- akh di luar sana yang kelihatannya seperti tidak mengenal erti letih,
terkadang berangan juga letih ini tidak pernah wujud. -.-

tetapi hari ini seperti ditampar, sedar,
sehebat manapun para duat di luar sana, hatta figure dakwah yang hebat seperti Syeikh Ahmad Yasin sekalipun,
mereka juga tidak terlepas merasai jerih perih perjuangan dan pengorbanan,
tetapi mereka tidak pernah pun mengangkat kaki untuk keluar dari perjuangan menentang kebatilan ini,

mungkin,
yang meneruskan laju hayunan langkah kaki mereka ialah kerana mereka tahu dan sedar,
keletihan adalah sunatullah para pejuang,
yang akan dirasai oleh setiap pejuang yang begitu ikhlas hatinya,

kemanisan berjuang hanya akan dapat dirasai apabila kita menyerahkan sepenuh diri hanya pada dakwah dan tarbiyyah,
menyerahkan diri sepenuhnya untuk digunakan sepenuh masa untuk agama Allah,

dan mungkin keletihan inilah sebenarnya kemanisan, keletihan inilah sebenarnya keagungan,
yang akan kita bicara tentangnya di syurga kelak, dan ketika itu pasti manusia yang lain mencemburuinya.