Wednesday, November 9, 2011

Aidiladha di Moscow.

SubhanAllah, Maha Suci Allah.
Suhu pada hari itu -11 C'
Seramai 80000 muslim berkumpul,
Bayangkan berada dalam peti ais selama 2 jam,
Mungkin lebih sejuk lagi.

Mereka solat dari masjid hinggalah kedalam McDonald,
Dimana sahaja ialah tempat untuk solat.

Tengok video,
Perhatikan semangat mereka,
Kemudian perhatikan diri kita,
perhatikan iman kita. Muhasabah.
Solat di McD

Besyukurkah kita?
Kita lahir islam di sebuah negara islam.
Tidak malukah diri kita dengan mereka?
Kita lahir islam di sebuah negara islam.
tetapi,
masih gah berseluar pendek di gelanggang futsal,
masih berasa cantik dan selamat dengan pakaian2 jahiliyah,
masih selesa berpegangan tangan dengan bukan mahram,
masih mendahulukan hiburan daripada solat di awal waktu,
masih menjadikan hiburan2 barat sebagai teman disepanjang hari,

Sudah masanya kita bangkit!
Sampai bila lagi mahu hidup bersama jahiliyah?
Ayuh, kita tinggalkan jahiliyah.
Percayalah,
kita masih boleh hidup walau tanpa jahiliyah,
kita masih boleh bahagia walau tanpa jahiliyah.
Kerana yang memberi rasa dalam hati kita itu,
BUKAN perkara jahiliyah yang Barat ajari kamu itu,
tetapi Allah Azza Wa Jalla.

Monday, October 17, 2011

Аллах, спасибо большое.

Alhamdulillah, setelah sekian lama, sibuk mengejar visi dan misi,
kembali diberi kelapangan masa oleh Allah untuk menulis,

Alhamdulillah, terima kasih Allah, untuk nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Berita gembira demi berita gembira diterima. Senyuman tidak pernah lekang menghiasi wajah mengenangkan nikmat yang diterima. Kalaulah setiap masa diperuntukkan hanya untuk memuji membesarkan Allah, nescaya masih belum mampu untuk membalas segala kebaikanNya.
Itulah tuhan saya, tuhan anda, dan tuhan kepada semua.
Ar Rahman sifatNya.
Tanpa mengira darjat ketaatan kita kepadaNya, nikmatNya tetap juga akan mengalir. Sehinggakan diri terasa tidak layak untuk menerima apa-apa kebaikan dariNya, apabila mengenangkan lemahnya  mujahadah.





Monday, August 29, 2011

Semangat Syawal

Kurang 4 jam lagi, ramadhan bakal melabuhkan tirainya. Ramadhan bulan penuh berkat tetap akan berlalu pergi tanpa ada siapa yang mampu menghalang.
Pemergian yang bakal ditangisi oleh semua manusia yang 'faham'.

Ya, kita tidak akan pernah mampu untuk hentikan masa, untuk selamanya meraih ganjaran yang dilipat gandakan di bulan ini. Tetapi kita masih mampu untuk membawa semangat beramal itu jika 'matlamat Ramadhan' itu berjaya kita raih.

Matlamat Ramadhan.

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa” (QS. al-Baqarah/2: 183).

Puasa itu matlamatnya taqwa, tetapi berapa kerat dalam kalangan kita yang berjaya melangkah keluar dari madrasah Ramadhan yang agung ini tuk menjadi orang yang bertaqwa?

Taqwa itu pula ialah meninggalkan larangan dan mengerjakan suruhan Allah.
Tetapi, manusia yang meninggalkan larangan dan mengerjakan suruhan itu belum tentu lagi bertaqwa, jika larangan yang ditinggalkan dan amalan yang dikerjakan adalah untuk mendapat pujian manusia. Disinilah perlu diperhalusi kembali niat kita. Mencari hakikat ikhlas di dalam diri. Tidak ada gunanya solat sunat tarawih berjemaah sepanjang ramadhan dan disertai pula dengan khatam al-quran jika amalan itu tidak disandarkan niatnya semata-mata kerana Allah. Bahkan, lebih teruk lagi, merasa riak dan takabbur dengan amalan kita yang banyak. Nauzubillah.

Taqwa itu melindungi.
Sesiapa yang bertaqwa dipakaikan dengan pakaian kalis maksiat. Jika kita masih belum kalis dengan maksiat, maka jawapnya, belum layak lagi kita digelar orang bertaqwa .
Jadi, Ramadhan ini ialah landasan terbaik untuk kita menjadi orang bertaqwa. Mari kita sahut seruan Illahi untuk mengakhiri Ramadhan ini menjadi orang yang bertaqwa.
Biarlah kita keluar dari madrasah Ramadhan ini memegang erat sekeping sijil taqwa yang validnya biarlah hingga hujung nyawa, lantas menjadikan kita orang yang selamanya kalis dengan  maksiat. InshaAllah.

Jadilah kita orang yang bergembira menyambut ketibaan syawal bagi meraikan kemenangan kita memperoleh taqwa,
dan bukannya menjadi orang yang bergembira bagi meraikan terlepasnya syaitan dari sangkarnya.

Sekian, Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Taqabbalullah minna waminka’

Saturday, August 6, 2011

Gugurnya kerana Allah.

Tatkala lidah mengulang lafaz 'waqina 'aza bannar'
mengalir deras air mata membasahi pipinya.
Dan aku hanya tertunduk diam mendengar tangis esaknya.
Cemburu,
Cemburu kerana dia mampu menitiskan air mata yang mampu membawanya jauh dari api neraka.

Allah, kurniakanlah kami hati sebaik hatinya.

Thursday, July 21, 2011

Tentang Kita

Sesiapa sahaja pasti diuji.
Nelayan diuji dengan angin ribut,
Petani diuji dengan kemarau,
Ya, dan kita juga. Dengan ujian kita sendiri.

Walau seberat manapun ujian, jangan mengeluh.
Kalau kita menghitung nisbah kesenangan dan kesusahan yang dikurniakan Allah s.w.t, barulah kita sedar,
Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.
Anugerah darah yang mengalir sempurna dalam badan pon tidak pernah disyukuri, sedangkan kalau Allah mahu, boleh sahaja Allah menghantar hambanya, si Anopheles untuk menyekat sistem peredaran darah kita. Lantas merosakan organ2 dalaman kita.
Tetapi, alhamdulillah hari ini darah kita masih mengalir sempurna. Masih kekal nikmat itu.

Ingatlah,
bukan kita seorang sahaja yang diuji,
bukan kita yang dugaannya paling hebat,
Jika hendak dikira segala ujian yang dilalui oleh nabi-nabi dan rasul-rasul, ia jauh lebih teruk.
Ada yang dihalau dan diburu.
Ada yang difitnah berbuat serong dengan isteri raja.
Ada yang ditumbuhi kudis penuh di tubuh.
Ada yang kepalanya digergaji.
Ada yang dilontar ke kawah mendidih.
Ada yang dicampak ke dalam unggun api.

dan anda masih rasakan diri anda paling hebat diuji?
jawaplah dengan iman.

Jadi, usahlah mengeluh.
Tukarlah gelisah hati anda menjadi ibadah, dengan sabar. InshaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh, dan menghina nasab orang."

Dan sabda Rasulullah s.a.w pula:

"Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka."
(Riwayat oleh Imam Majah)

Di facebook, begitu ramai yang menzahirkan kegelisahan dan kesedihan akan akan masalah yang dihadapi.
It's okay untuk berkongsi masalah, tapi janganlah sampai terdetik satu perasaan tidak redha dengan ujian yang diberi.

Allah s.wt menguji bukan bererti Dia membenci. Bahkan itu tandanya orang itu sedang dirahmati kerana diberi perhatian. Sekurang-kurangnya orang itu ada peluang untuk bersabar. Sabar, itu yang dikatakan ibadah. Bagi orang yang selalu tidak redha dan selalu marah-marah, dia perlu semak sama ada dia sembahyang dengan khusyuk atau main-main? Betulkah dia benar-benar bertuhankan Allah s.w.t dan mengabdikan diri kepadaNya sepenuhnya dalam segenap ketika di sepanjang masa?

Wallahu a'lam..

Monday, July 18, 2011

Noktah

Sekuat mana kasih dan cinta kita kepada seseorang,
Yang menyatukan kita ialah Allah.
Kalau Allah tidak izinkan, kita tidak akan bersatu.
Kalau Allah izinkan, sejauh mana kita terpisah, selama mana kita menyepi,sejauh mana kita lari,
InshaAllah kita akan disatukan.
Jadi sama-samalah kita mencari yang menjadikan segala sesuatu dan yang menyatukan itu iaitu Allah.

Tak mahu lagi bicara tentang cinta. Biarlah Allah yang menentukan segalanya.
Berusaha tuk menjadi yang soleh, inshaAllah dikurniakan yang solehah.
Percaya pada janji Allah.

Saturday, July 16, 2011

This one is for you.

Assalamualaikum wrt.

Bismillahirahmanirahim.

Janganlah kamu merasa resah dan gelisah, sedangkan kamu ialah orang yang meyakini qada dan qadar.

Berusahalah, berdoalah, semoga apa yang diimpikan kelak menjadi milik kamu. InshaAllah.
Aku masih dengan kataku yg dulu, tapi kamu masih berhak untuk memilih yg terbaik untuk dunia dan akhiratmu.

Sunday, July 10, 2011

Allah, permudahkanlah..

Assalamualaikum wrt..
Bismillahirahmanirahim..

Malu rasanya memasang impian tuk mendiami syurgaMu,
Sedangkan sisa sifat mazmumah masih sukar untuk dibasmi.


Allah, permudahkanlah..
Tiada tempat lain lagi untuk aku meminta.
Hanyalah padaMu aku mengadu segala resah,
kerana hanya denganMu kutemu ketenangan.





Bantulah hambaMu ini bertatih menujuMu.
Bantulah aku ke syurgaMu dengan redhaMu, kerna itu matlamatku yang satu.

Aku tahu aku tidak layak untuk ke syurgaMu, baunya belum tentu lagi dapt kuhidu,
tetapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu.






Akan ku usahakan semampuku, untuk kembali kepadaMu membawa iman di dada.
Allah, permudahkanlah..

Ya rabbi,
Telah aku lalui semalam tanpa cintaMu, sesat dalam kegelapan dunia.
Terkapai-kapai aku mencari cahaya mencari jalan pulang.
Jangan biar aku hanyut lagi dalam kegelapan ya Allah,
Walau apa sekalipun yang menjadi bayarannya, aku sanggup.
Kerna aku yakin jalan menujuMu ini lebih layak untuk aku agungkan dari setiap keseronokan jahiliyah di muka bumi ini.


Allah, permudahkanlah bagiku segalanya. Ameen~

Saturday, July 2, 2011

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum wrt.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T.
Selesai sudah perjuangan tahun pertama di I.M Sechenov First Moscow State Medical University.

Alhamdulillah, di sebuah negara yang mengagungkan kebebasan, islam bukanlah cara hidup,akan tetapi hidayah Allah masih datang mencurah pada hati yang gersang akan cinta Illahi. Sekeping hati yang dahulunya boneka yahudi, kini kembali sedar. Kembali sedar akan tujuan penciptaanya. Hati itu nekad untuk berubah, tidak lagi mahu menoleh pada kejahilannya. Hati itu telah tahu, tiada guna mengejar dunia sedangkan akhirat tercicir jauh ke belakang. Syurga, ya. Itu destinasinya. Biarpun ramai mengatakan jalannya penuh dugaan, tapi masih dia mahu mencuba. Doakan kejayaannya. Moga dia istiqamah pada jalan yang dipilihnya, moga dia tidak segan silu pula mengajak hati2 yang lain untuk ikut serta mempunyai cita yang sama.

Wednesday, June 8, 2011

Sendiri Menyepi




Kadang2 kita rasa sangat dekat dengan Allah. Allah, terasa betapa manisnya tautan hati dengan Allah.
Kadang2 kita lalai, ada satu keindahan dunia yang kita letakkan darjatnya lagi tinggi daripada Allah dalam hati.
Nauzubillahiminzalik.

Tuesday, May 31, 2011

Help!!!

Assalamualaikum..


Dah lame rsenye xupdate blog.
Xde ape mahu dicoretkan, cuma mahu meminta sedikit pertolongan daripada saudara-saudari sekalian.
Tolong doakan semoga saya sukses tuk final exam nnt.
Jazakallah.. Semoga Allah menganjari kalian.

Thursday, May 19, 2011

Fa ilallahil mushtaka.
Hanyalah pada Allah tempat mengadu.

Ya Allah, perkenankan hasrat di hati hambaMu ini.

Monday, May 2, 2011

Di Atas Sejadah Cinta
“Ilahi, kasihanilah hambaMu yang lemah ini.
Engkau Maha Tahu atas apa yang menimpa diriku.
Aku tak ingin kehilangan cintaMu.
Namun Engkau juga tahu,
hatiku ini tidak mampu mengusir pesona kecantikan seorang makhluk yang Engkau ciptakan.
Saat ini hamba sangat lemah berhadapan dengan daya larikan wajahnya,
ya Ilahi, berikanlah padaku cawan kesejukan untuk meletakkan embun-embun cinta yang menitis-nitis dalam dinding hatiku ini.
Ilahi, tuntunlah langkahku pada garis takdir yang paling Engkau redhai.
Aku serahkan hidup matiku untukMu.”
Karya Habiburrahman El-Shirazy

Ya Ilahi, wahai pemilik segala hati.
Ku bersujud pdMu.
Terimalah taubatku dengan dosa2ku ini.
Daku berdosa dan derhaka padaMu.
Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa di kala ini,
hambaMu ini teruji dgn hati dan dunia.
Wahai Yang Maha Penyayang,
berdosakah daku jika perasaan itu hadir pada hambaMu yang bergelar makhlukMu.

Ya Ilahi, wahai yang Maha Mengetahui,
Seandainya bukan namanya yang tertulis di Luh Mahfuz sana,
Jadikanlah hatiku ini redha dgn takdirMu.
Hilangkanlah dia dari hatiku, mimpiku, dan hidupku saat ini dan selama-lamanya.
Temukanlah dia dengan insan yang lebih baik,
yang dapat memimpinnya kejalan cintaMu.

Monday, April 11, 2011

Subhanallah.

Assalamualaikum wrt.

Subhanallah.
Maha Suci Allah.

Tiada kata lagi indah untuk menggambarkan rasa kagum dan takjub pada kekuasaan Allah S.W.T
I experienced a miracle.
Betapa indahnya rasa di hati tatkala seluruh harapan kita diletakkan pada Allah S.W.T,
dan Dia memakbulkan.
Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku itu tidak lain dan tidak bukan adalah di bawah keinginanNya.

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi. Ya-sin:82

Sunday, April 10, 2011

Jiwa ini untukmu

Assalamualaikum wrt.

Apa khabar Iman anda?
Moga sentiasa mantain di tahap tertinggi.
InsyaAllah.
Di celah-celah kesempitan masa untuk menyediakan kelengkapan berperang imtihan dunia, saya cuba meluangkan secebis masa untuk berkongsi rasa bersama pembaca.

Tahukah kalian apakah perjuangan utama kalian?
Ya, kalian betul. Membebaskan Al-Aqsa.
Perperangan 63 tahun yang kelakar dan paling tidak adil dalam sejarah penciptaan manusia.
Senjata moden vs batu. Kelakar kan?
Inilah perjuangan yang telah dijanjikan kemenangannya oleh Allah S.W.T.
Tetapi,
persoalannya, adakah kita turut serta dalam perjuangan ini?
Perjuangan membebaskan Al-Aqsa. Tempat yang dimuliakan Allah di dalam Al-quran.


Saudara-saudaraku,
Ini bukanlah isu tanah, isu penjajahan, atau isu bangsa.
Tapi, ini adalah isu bumi suci umat islam yang mesti dipertahankan.
Ya, tanggunjawab kita sebagai muslim.
Seramai 1.6 bilion umat islam di dunia.
Kalau semuanya berganding bahu menyelamatkan Al-aqsa,
InsyaAllah kemenangan itu milik kita.
Akan tetapi, adakah kita buih-buih di lautan yang pernah disabdakan oleh Rasul kita?

Diriwayatkan dari Tqausan r.a Rasulullah SAW bersabda: “akan terjadi, bersatunya bangsa-bangsa didunia menyerbu kalian seperti sekelompok orang menyerbu makanan”. Salah seorang sahabat bertanya: “apakah karena jumlah kami dimasa itu sedikit”. Rasulullah menjawab : “jumlah kalian banyak tapi seperti buih dilautan. Allah mencabut rasa takut dari dada musuh-musuh kalian dan Allah menanamkan penyakit ‘wahan’ dalam hati kalian.” Lalu ada yang bertanya lagi :“apakah penyakit ‘wahan’ itu ya rasulullah?” Beliau bersabda : “ Cinta kepada dunia dan takut mati!”.

Takutkah kalian pada mati?
Jangan bimbang, perjuangan ini tidak akan mematikan kalian jika bukan itu kehendak Allah S.W.T.
Jika bukan itu yang tertulis di Luh Mahfuz
Mari kita tanam dalam hati kita, bila tiba saatnya nanti apabila tiada apa yang boleh menghalang kita untuk turut serta berjihad melainkan hanya takutkan mati, lawanlah, tinggalkanlah dunia ini untuk agama Allah.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan. Ali Imran:56

Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. Mereka berkata: "Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya)". Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): "Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?" katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing". Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. Ali Imran:54
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). Surah At-Tawbah:24


Ingin tahu hakikat sebenar?
Bukan mereka penduduk Gaza yang perlukan kita,
kita yang sebenarnya memerlukan mereka.
Mereka punyai nilai yang sepatutnya kita contohi.
Kekuatan agama yang mantap, ketahanan mental dan fizikal, dan keberanian yang dikurniakan Allah S.W.T

Jangan kita fikir kita yang memberi pertolongan,
Jangan kita fikir tangan kita di atas dan tangan mereka di bawah,
Jangan kita fikir kita lebih mulia,

Kerana kebenaranya ialah mereka yang menolong kita untuk membebaskan Al-aqsa.

Tuesday, April 5, 2011

MALAYSIA :)

The flight is booked.
Just a few months to go.
I just can't wait to see serene on my mom's face.
I do miss you a lot.

Saturday, March 26, 2011

Assalamualaikum wrt

Soal hati.

"Ya Allah, biarlah kecintaanku kepadaMu mengatasi cintaku kepada makhlukMu"
Aku takut apa yang paling aku takut berlaku pada aku sedang berlaku.
Aku takut aku jadi orang yang tidak berdisiplin dengan Islam.
Aku takut dengan rayuan hati ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu.

Aku pinta jalan keluar ya Allah dari belenggu hati ini.
Moga tak diuji lagi cinta duniawi di saat aku masih bertatih di jalanMu.
Bukan aku menafikan, cuma belum masanya.
Moga dipermudahkan.
Amin.

Monday, March 21, 2011

Assalamualaikum wrt.

Buatlah apa yang kita perkatakan. :)

Sunday, March 20, 2011

FIKIR

Assalamualaikum wrt.

Dari mana kita datang?
Kenapa kita di sini?
Ke mana kita setelah terpisahnya roh dari jasad?



Sedarkah kita?
Begitu ramai manusia hebat.
Begitu ramai 'thinker machines'.
Plato dengan falsafahnya,
Pemikirannya mampu membuat Athens turut serta memikirkanya.

Tetapi,
satu perkara mungkin mereka tidak terfikir akannya,
dari mana datangnya mereka,
siapa yang membuatnya mampu berfikir,
siapa yang mampu menghadirakan rasa cinta?


Hari ini, kita pasti punya jawapan kepada persoalan ini.
Mudah. Allah SWT jawapannya.

Tetapi kita yang punya jawapannya sejak kecil,
susah pula mahu mengamalkan suruhanNya.

Yang sesuai dengan diri di ikut,
Yang menyusahkan diri, pelbagai alasan dikemukakan, supaya senantiasa tampak baik di mata manusia.


Cukuplah kita dengan sandiwara kita.
Tolong, ambil islam dengan sepenuhya.
Terjemahkan al-quran ke dalam diri kita.



Akhir kalam,

Mari kita cabar diri kita.
Jika orang bertanyakan, "apa itu Islam?"
Persiapkan diri untuk menjawab,
"Lihatlah diriku, maka akan kau lihat Islam"

Sunday, March 13, 2011

Ok.
Ni artikel salin dan tampal.
Tertarik untuk berkongsi

Assalamualaikum wrt


Ku nukilkan warkah ini buat bakal bidadari duniaku, dengan harapan engkaukan sentiasa sihat dan bergembira walau dimana pun dikau berada.

Ku nukilkan warkah ini buat bakal bidadari duniaku, dengan harapan warkah ini menjadi pengikat kasih dan salam taaruf antara kita.

Ku nukilkan warkah ini buat bakal bidadari duniaku, dengan harapan warkah ini menjadi pengubat rindu dan hembusan semangat kita dalam menghadapi ujian dan cabaran dari cinta kita.

Wahai Bakal Bidadariku..

Aku tidak tahu dimana dikau berada, aku tak tahu siapa kau sebenarnya, aku tidak dapat meramal masa depan, tidak dapat melihat dikau siapa, mungkin aku kenal akan kau mungkin juga kau kenal akan aku, mungkin kau sudah berada disampingku kini, dan mungkin juga kau berada jauh dariku.

Walau apapun ketahuilah bahawasanya aku disini sentiasa merinduimu. Walau siapapun kamu, walau dimana kamu berada. Bidadariku sebagaimana sudah ku nyatakan diatas tujuan ku nukilkan surat ini kepadamu. Mungkin saat kau bergelar bidadari bagiku, sudah berkali-kali kau khatamkan surat ini, mungkin juga saat aku mengenalimu kau tidak tahu akan kewujudan surat ini.

Wahai Bakal Bidadariku..

Aku bukanlah lelaki hebat yang bisa menggenggam dunia di tapak tangan, aku bukan lelaki gagah yang ampuh menyerang musuh, aku bukan lelaki mulia yang dihormati sekalian manusia, aku bukan lelaki sempurna idaman kaum hawa, aku bukan lelaki beriman yang dijamin syurga, aku jua bukan lelaki yang bisa mengetarkan jantung dengan pekikan gempita, aku jua bukan lelaki yang bisa meluluhkan hati dengan kata-kata..

Kerana aku lelaki biasa aku tidak berharap kau sempurna, kerana aku hanyalah lelaki biasa. Cukuplah kau sebagai penyejuk mata, penawar hati yang lara, pendidik bakal pejuang agama.

Wahai Bakal Bidadariku..

Aku lelaki biasa yang tinggi cita-cita. Aku lelaki biasa yang ingin sesuatu yang besar. Walau aku hanya lelaki biasa, akan ku usaha biar terkorban nyawa.
Aku ingin menjadi penyambung rantai perjuangan yang bermula sejak Nabi Adam. Aku ingin merebut janji-janji Yang Esa.

Aku ingin menjadi seperti Nabi Ibrahim yang meruntuhkan berhala, yang membina kaabah, yang tinggi taqwa dan imannya. Yang sanggup meninggalkan anak dan isteri tencinta kerana arahan tuhanya, yang sanggup menyembelih anak yang hanya baru berjumpa. Yang kuat pendiriaanya, yang berani sifatnya, yang cerdas akalnya.
Aku ingin mencontohi Rasulullah yang sentiasa kasih akan umatnya, yang tinggi pelaburan untuk agama, yang komited memberi untuk umatnya.

Aku ingin melalui jalan yang didalalui As-Syahid Ibrahim Mahmood yang terkorban diratah peluru rejim kerajaan hanya kerana berpegang kepada Islam..

Wahai Bakal Bidadariku..

Jadilah seperti Siti Hajar, yang sanggup ditinggal hanya kerana itu titah tuhannya, yang mendidik Ismail sehingga sanggup disembelih bapa yang meninggalkannya ketika masih tidak mengenal dunia, yang cekal hatinya, yang tabah menghadapi segalanya, walau dia hanya seorang wanita.

Jadilah seperti khadijah, yang sentiasa menemani Rasulullah dalam apa jua keadaan dan masa, senang mahupun susah, ramai mahupun sendirian. Yang sentiasa menjadi orang pertama bersama Rasul, yang tak pernah meninggalkan rasul sendirian, yang tak pernah menghalang dan mengeluh dengan tugas dakwah suaminya, walau dia dihina walau dia dipulau, tapi setianya tiada tara pengorbananya tiada tepinya. Jikalau tidak masakan rasul bersedih akan kehilangannya.

Jadilah seperti Solehah isteri seorang syahid. Yang sentiasa menyokong dan memahami cita-cita As-Syahid. Yang tidak berkata tidak tatkala As-Syahid mengajaknya meninggalkan segala kemewahan dunia demi sebuah negeri bernama akhirat. Yang mengalirkan airmata gembira tatkala memangku As-Syahid dihujung hayat As-Syahid. Yang menghidu haruman syurga tatkala rindu akan As-Syahid. Semoga mereka kini bahagia di Syurga.



Wahai Bakal Bidadariku..

Aku tidak mengharapkan dikau seperti Siti Hajar, tidak harapkan Khadijah mahupun Solehah, kerana aku bukan seperti Nabi Ibrahim, Rasulullah, mahupun As-Syahid.
Yang aku harapkan sudikah dikau berjalan seiringan denganku untuk merintis jalan yang mereka lalui, merasai onak dan duri yang melukai mereka, bersama tawa dan tangis.

Wahai Bakal Bidadariku..

Aku merinduimu sebagai bidadari duniaku, rindu ini hanya akan terubat jika tatkala dikau menjadi bidadari Syurgaku.

Ku lakarkan warkah ini dengan penuh rindu dan sayang..
Buatmu..bidadari duniaku..

Saturday, March 12, 2011

I'M GETTING OLD

Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulillah.

Thank you for a great birthday.
Thank you for coming.
Thank you for the wishes.
Thank you for 3 cakes.
Thank you for the candles.

I do appreciate you all.
May Allah bless our ukhuwah here on earth and Aljannah :)

Monday, February 28, 2011

La Tahzan


Luangkan masa anda.
11 minit 02 saat yang bermanfaat.

Saturday, February 26, 2011

((

Allah, Allah, Allah.
Sebak mahu memulakan bicara. Islam, di mana islam pada diri kamu wahai saudara?
Aku simpati,
Aku sedih,
Aku terkilan,
Melihat kamu dihanyut arus deras dunia, terpedaya akan fatamorgana ciptaan syaitan, lupa akan penciptamu.
Sungguh, aku tidak menyenangi perasaan ini.
Benar, aku takut menghadapi dugaan ini ya Allah.
Aku takut ya Allah, aku takut aku tidak mampu memegang amanahMu membawa mereka yang jauh, dekat kepadaMu.
Aku takut ini penyebab kemurkaanMu,
Aku takut andai Engkau tidak redha kepadaku ya Allah.

Ketahuilah olehmu, wahai sudaraku,
Dalam hadis Qudsi, Allah berfirman yang bermaksud, “Aku selalu mengikuti sangkaan hamba-Ku terhadap diri-Ku dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepada-Ku.”
Jika ia berzikir dalam hati peribadinya (sendirian), Akupun berzikir padanya dalam diri-Ku dan jika ia berzikir pada-Ku di depan umum, Aku pun berzikir padanya di muka umum yang lebih baik dari golongannya. Dan bila ia mendekati pada-Ku sejengkal, Aku mendekati padanya sehasta dan bila ia mendekati pada-Ku sehasta, Aku mendekati padanya sedepa dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya berlari.



Aku tahu saudaraku, aku pasti, aku yakin
Masih ada Kaabah di hatimu.
Akan tiba masanya nanti, akan kita rasai manisnya iman.
InsyaAllah.

Wednesday, February 23, 2011

ANTARA 2 KEBAIKAN


Pernahkah anda?
Satu pilihan mungkin mampu mengembirakan semua orang,
Sedangkan satu pilihan lagi banyak ertinya pada diri kamu.
Aku memilih yang banyak ertinya pada diri aku, mungkin di label sebagai seorang yang pentingkan diri sendiri.
Tetapi jika mereka menyusuri kisah hidup aku, pasti mereka mengerti.
Bukannya aku memilih untuk kepentingan diri,
Tapi buat semua yang membantu perjalanan hidup ini.

JANGAN LUPA



Dihanyut kesibukan dunia, kita sering lupa untuk mendoakan kejayaan saudara-saudara islam kita yang sedang dalam perjuangan menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Ada semangat kental dalam diri mereka. Hati yang besar. Kecintaan pada agama melebihi ketakutan mereka kepada taburan peluru. Lantas batu digenggam kemudian dibaling. Bukannya mereka bodoh, mereka sangat tahu bahawa batu itu tidak mampu meluluhkan semangat musuh mereka, apatah lagi menumbangkan sebuah kereta kebal. Tetapi itulah bukti cinta mereka. Bukankah syahid itu impian setiap mujahid? Pasti mereka tahu, apalah sangat sakit ditembak mati jika dibandingkan dengan nikmat syurga yang menanti mereka para syuhada.

Ayuhlah saudaraku,
Meskipun tidak dapat bersama mereka,
Sekurang-kurangnya, angkatlah tangan kita,
Mintalah pertolongan daripada Allah.
Semoga tertegaknya izzah islam di muka bumi ini.
Amin

Thursday, February 17, 2011

GETUSAN HATI

Kalau dulu aku tersilap jalan,
Hari ini ingin aku kembali,
Memulakan langkah kembali.
Tidak akan aku berpaling pada lorong itu,
Apatah lagi menyusurinya kembali.

Maafkan daku ya Allah atas kesilapan lampau.
Kurniakan aku kudrat supaya istiqamah di jalanMu.

Monday, February 7, 2011

Moskwa



Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah. Empat hari yang penuh pengisiannya.
Kedatangan parent Zaki membawa kami meneroka bandar Moskva.
Kesibukan hidup seorang pelajar membataskan hasrat kami untuk menjelajah ibukota sebuah negara yang satu ketika dahulu berada di bawah pengaruh komunis.
Adanya 'pemandu pelancong' yang mengiringi memudahkan trip ini.
3 beranak


Hari pertama.
Red Square. Di sinilah terletaknya makam Lenin, seorang tokoh yang membawa pengaruh komunis di Rusia.
Kremlin juga tersergam indah, sarat dengan sejarahnya sendiri.
Cuaca sejuk di bawah paras beku berserta angin yang kuat seakan memaksa kami beredar dari situ.
"Ilmu itu suci, kalau betul nak ilmu itu meresap ke dalam jiwa kita, kita kenalah sucikan hati kita, mulakan proses mencari ilmu itu dengan niat kerana Allah s.w.t", Sedikit nasihat yang diberikan oleh emak Zaki.
Beliau menyambung lagi,"Hatta matahari pun patuh pada perintah Allah, menyinari kehidupan manusia, tanpa mengira mereka hamba yang kufur atau beriman. Jadi, kita sebagai sebaik-baik kejadian perlulah lebih dari itu".
Usai melawat Red Square, tibalah masa memenuhi kehendak perut yang meronta mahu diisi. Kami ke McD.
Tetapi menu bagi muslim agak terbatas, hanya Filet o Fish menjadi pilihan, samada suka atau tidak.
Kremlin
Wah. Salji dah turun.

Hari kedua
Solat di masjid yang terletak di Prospek Mira. Walaupun ini bukan kali pertama menjejakkan kaki di masjid ini, perasaan yang sama masih dirasai. Hiba dan terharu. Di sebuah negara yang majoriti penduduknya adalah penganut agama kristian, masih berdiri teguh sebuah masjid. Menariknya, masjid ini dalam pembangunan. Ada bangunan baru beserta kubah yang sedang didirikan. Apakah menandakan semakin berkembangnya pengaruh islam di sini? Wallahualam.
Ketika solat jumaat, kapasiti masjid ini memang tidak mengcukupi untuk menampung semua jemaah yang hadir. Jadi, sebahagiannya terpaksa solat di luar masjid. Sembahyang di luar masjid ketika musim sejuk cukup memeritkan.
Bayangkan, suhu -15. Sejuknya hingga ke tulang hitam. Membuatkan kami bersyukur lahir di sebuah negara Islam. Alhamdulillah.
Satu lagi perkara menarik perhatian saya ialah apabila tibanya solat berjemaah.
Saf dijaga dengan begitu sempurna. Menutup sepenuhnya peluang untuk syaitan. Kaki-kaki dirapatkan.
video

Selesai solat zuhur,
Kami berangkat ke Babylon, dikatakan antara mall terbesar di Moskwa.
Tiada yang menarik untuk dikongsi. Hanya melihat kawan-kawan membeli-belah.

Destinasi seterusnya, Arbat street.
Tempat untuk pelancong-pelancong mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang.



Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, kami ke sebuah restoran india. Salah satu restoran yang di iktiraf halal oleh kedutaan Malaysia. Nasi Beriani menjadi pilihan. Alhamdulillah, nasi memang banyak. Harganya lebih kurang 300 rubble, bersamaan Rm30. Ya, memang mahal. Untuk pengetahuan anda, Moskwa berada dalam top 10 most expensive city in the world. Jadi kami di sini memang mengamalkan masak sendiri di hostel. Lagi berbaloi.


Hari ketiga.
Hari seterusnya, destinasi kami hanyalah satu tempat sahaja.
VDNKH.


video
Di metro berhampiran sinilah letaknya satu exhibition center yang mempamerkan replika-replika alatan untuk penerokaan angkasa lepas. Ini bukan bidang saya. Jadi, saya tak hurai panjang pasal angkasa lepas ni. Apa yang membanggakan kami anak Malaysia ialah adanya kelibat gambar angkasawan kita.


Hari keempat.(Hari terakhir)
Penghulu segala hari. Usai mengerjakan solat Jumaat, kami ke Dekanat( Dean's office). Menunaikan hajat ibubapa Zaki, mahu melihat tempat di mana anaknya belajar. Hari ini ialah hari yang paling istimewa. Emak Zaki akan memasakkan kami masakan dari Malaysia. Memang sedap. Ayam masak lemak cili padi dan ayam masak merah. Terasa bagai berada di Malaysia buat seketika.
video


Empat hari berkampung di sini, tibalah masa untuk pulang kembali ke Malaysia. Saya dan kawan sepakat untuk membuat satu kejutan kepada untie. Dua orang kawan saya mengiringi mereka ke airport, menaiki train.
Strategi diatur sebaiknya, saya dan Hizami menaiki bas ke airport. Kami dengan misi kami sendiri, belikan bunga kepada untie. Pertama kali ke kedai membuatkan saya berasa canggung. "Bunga apa mahu beli? Bunga apa perempuan suka?". Seribu pertanyaan. Ditambah lagi dengan penguasaan bahasa rusia yang masih lemah. Dua kuntum bunga dipilih secara rambang, kemudian ke kaunter. "Untuk siapa?", tanya si penjual bunga. "Untuk Mama". Katanya dua kuntum bunga bukanlah adab memberi bunga yang baik. Sekurang-kurangnya tiga kuntum. Kami akur sahaja. Di kesempatan yang ada, kami bertanyakan arah bagaimana untuk ke airport. Alhamdulillah, jumpa akhirnya.
Tak tahu bunga apa.
Si penulis bersama bunga.

Couple contoh
Akhirnya kami sampai ke airport. Sebelum mereka berangkat pulang, kami bermaaf-maafan. Semoga ukhuwah ini terus utuh. InsyaAllah.
Alhamdulillah, mereka selamat sampai ke Malaysia.
keletihan.


Nota kaki : Percubaan menggunakan bahasa yang lebih matang.


Tuesday, February 1, 2011

ADRENALINE RUSH

Have you ever been in roller-coaster?
Well, this is more exciting one. It is a gift of nature. God's power.
No money needed, just a piece of your courage.
But,for your information, even a 5 years old Russian kids manage to do it.
How it inspired?
We're on our way back from bibliotieka(library),
exchanged our 2 bio organic chemistry text books with 3 anatomy atlas and 2 histology text books.
Which means that, it's getting tougher this semester.
Ok, stop talking about the books,don't spoil the mood, it's holiday's mood now.
So, on my way back, I could hear from a distance their voice ( I think it was Zaki,the person with a greatest amplitude.)
Actually I was left behind with Aziz because I lost my library card. I have to settle some stuff.
Alhamdulillah, all stuff that I've lost those days are replaced. No more fears of being caught by the police.
Thank you Allah for everything.

Have a look on video. :D
video

A better version video is below, using HTC DESIRE HD smartphone.
video
But, unfortunately it is not my phone.T_T

Fight and fight mechanism starts when sliding down.
Releasing adrenaline, which increased our heart beat.
So, fight or flight??
As it was nothing to fight,we chose to flight as our finger was getting freeze.


Ooopss,
sebelum terlupa,  thanks to my cousin for souvenirs from Germany.
Bialah tak dapat pegi pun,dapat hadiah pon ok. Nice.

Pen off.

Sunday, January 30, 2011

50 SIFAT ORANG MUNAFIK

1. Malas beribadah kepada Allah SWT .
2. Lupa kepada Allah SWT 
3. Melalaikan solat fardu 
4. Mempercepat mengerjakan solat 
5 Gemar meninggalkan solat berjemaah 
6. Meninggalkan solat Jumaat 
7. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf 
8. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi 
9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan 
10. Riak 
11. Hasad dengki 
12. Dusta 
13. Mungkir janji 
14. Bakhil 
15. Fitnah 
16. Mencaci maki 
17. Mengumpat 
18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya 
19. Mengingkari takdir allah 
20. Mempersenda kesucian agama 
21. Enggan berjihad di jalan Allah SWT 
22. Menghina sahabat Rasullullah SAW 
23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar 
24. Menangguh pembayaran hutang 
25. Menipu dalam jual beli 
26. Ghasab 
27. Bergaul dengan orang yang memperolok Al-Quran 
28. Memakan harta anak yatim 
29. Membuka rahsia orang lain 
30. Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa 
31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai 
32. Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran islam 
33. Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang 
34. Bermuka-muka 
35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya 
36. Sombong diantara sesama manusia 
37. Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah 
38. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim 
39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup 
40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah 
41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah 
42. Mengkhianati sesuatu amanah 
43. Memutuskan silaturrahim 
44. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin 
45. Menghalalkan perkara yang haram 
46. Membuat kerosakan dimuka bumi 
47. Menuduh orang beriman bodoh 
48. Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah 
49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT 
50. Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.

Tuesday, January 25, 2011

RIAK, A SILENT KILLER.


Entry kali ini saya mahu kongsikan sedikit ilmu yang saya dengar dari Ustaz Yusinne Yahya,
yang saya dengar DI http://www.kuliyah.net/v02/index.php,
and then i made a brief summary.

Orang munafik ialah orang yang rosak imannya
Mereka ialah golongan kafir,yang ingkar kepada Allah
Mereka akan berada di tingkat paling bawah di neraka Allah.
Lagi bawah dari golongan kafir.
Salah satu sifat orang munafik ialah riak.

Riak ialah perbuatan orang munafik yangg tersembunyi dalam hati,bukannya zahir.
Satu perbuatan yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t
Jadi, Rasulullah s.a.w sentiasa memberi nasihat agar sentiasa bersangka baik,
buruk boleh, tapi mesti kena pada tempatnya.
Tetapi, husnuzzon mestilah melebihi sukuzon.

Menurut Imam Ghazali,
Riak adalah seorang yg melakukan perkara baik(ma'ruf) untuk mencari kedudukan di hati manusia.
Mahukan populariti,mahukan puji,mahukan masyur,mahukan glamour dan sebagainya.









      

     Menurut Saidina Ali, riak ada 3 tanda,
1 malas bila bersendirian.
2 rajin bila di khalayak ramai.
3 menambah amal bila dipuji kurang bila dicela.
Ini merupakan kayu ukur, untuk mengukur, sama ada bila kita beramal, kita ikhlas atau riak.

Riak juga boleh didefinisikan sebagai membuat amal kerana manusia,tinggal amal pun kerana manusia.
Contohnya, orang yang selepas sembahyang fardu zuhur,
mahu menunaikan solat sunat ba'diah,
tetapi membatalkan niatnya kerana takut dikatakan riak oleh orang di sekelilingnya,itupun sebenarnya riak.
Kita meninggalkan amalan kerana manusia.

Dalam islam, riak tergolong dalam syirik kecil
Sesiapa yang riak dalam sembahyangnya,akan dimasukkan ke dalam neraka wil.

Riak itu boleh merosakkan pahala amalan.
Di akhirat nanti, orang yang riak, Allah akan suruh dia minta pahala dengan orang yg dituju riaknya semasa di dunia.
Jadi kita buat amalan kerana siapa? adakah untuk mendapat tempat di hati  PM, wakil rakyat ,gf, atau kawan?
Di akhirat nanti, pada orang itulah kita akan meminta pahala, bukanya pada Allah.
Natijahnya, orang munafik beramal dengan riak, orang mukmim beramal dengan ikhlas.
Wallahualam.

Monday, January 24, 2011

NOT AGAIN!!

Baru je balik dari pergi jalan-jalan,
landing atas katil kejap,tiba-tiba je dapat news yang Moscow's Demodedovo Airport kena bom.
Alhamdulillah, tiada pelajar Malaysia yang terlibat walaupun ada beberapa pelajar Malaysia kat situ beberapa minit sebelum kejadian ni. Diorang  mau buat jaulah ke Jordan. Alhamdulillah diorang punya flight berlepas lagi awal.
For more information,click below
http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/europe/russia/8279627/Two-Britons-among-35-dead-in-suicide-bomb-attack-on-Moscow-airport.html

Harap-harap lepas ni,tak kan ada lagi riot,macam yang berlaku sebelum ni. Nak jalan-jalan pon takut.
Buat pengetahuan anda, russian ni racist. Tapi, ada je yang baik.
Kepada si pembaca, doakanlah keselamatan kami di sini, moga sentiasa di bawah perlindungan Allah. Amin.
:))

MAKAN2

Hampir 2 minggu rancang nak pergi,
akhirnya terjejak juga kaki ke Chst Buffe.








Sunday, January 23, 2011

TERASING IS BETTER

Dari Abu Hurairah ra, sabda Rasulullah saw :(Mahfumnya) islam dtg dlm keadaan asing, n akan kembali asing..MAKA,beruntunglah mereka yg menjadi asing.














Jadi,marilah kita ubah paradigma kita,yang diterima ramai itu tidak semestinya betul,yang terasing itu tidak semestinya kolot. Jadikanlah Al quran dan sunnah sebagai panduan. Let's change to a better person.

Saturday, January 22, 2011

WHEN FINAL EXAM IS OVER

 Final exam sudah tamat, masa untuk bersuka ria kembali bertandang lagi.yahoooo..:))
Cuti punya matlamat kali ni adalah nak mantapkan ber-skating,
Biar sampai laju, sampai boleh kejar senior sambil buat skill pusing2..ngeh3...
Lepas ni, tak adalah sampai pancit maen polis2 lagi.





kalau sebelum ni pinjam ice skates shoes kawan, sivodnya,ya uzhe kupit novie botinki. Cost about 1990 ruble.
sedjaz,looking forward to play with u guys again. Nantikan kehebatan dan kelajuan kasut baru.
Aziz,Zaki,Hizami,Ayie,korang jangan cuak ye.

Wednesday, January 19, 2011

GOOD BYE. NICE TO MEET U

It is finished.
No more bio organic chemistry.
but, I just don't manage to get full marks.
*that is my target actually.
there goes a saying"aim the star,at least u can reach the sky".
I think I've reached the sky.
but, i don't know
I'm still not satisfied with myself.
how can I be so careless?
I don't mind if I got wrong on question I really don't know,don't read perhaps. but it is something you really know and you got it wrong.

Alhamdulillah 3x.
but still, i am grateful.
Just reminding myself,
not to be careless next time.
I've got something to share here.
copy-paste article.
sesuai buat diri aku ini yang kecewa kehampaan, hingga mencalar ketabahan.
sbb mimpi yang sering diharap jadi kenyataan tak kesampaian.TT

ok2, ni dia


"Nah, lihat kembali dalam diri.. Segala keputusan yang diambil, adakah dikembalikan kepada Allah. Maksud saya, adakah kita redha, adakah segala keputusan dan tindakan yang kita ambil kita bertawakal kepada Allah atau kita merasa yakin dengan diri kita sendiri?


Hakikatnya...Allah timpakan ujian agar kita memuhasabah diri. Allah beri sakit untuk kita menghapus dosa, Allah beri kesusahan agar kita kembali padaNya.


Jika kita menyombong diri...termasuklah kita dalam kalangan orang yang rugi.


Jika kita tidak kembali pada Allah... Terbengkalailah masalah kita dengan seribu persoalan.


Kembalilah... Allah menantimu.


Berusaha dan kemudian serahkan urusanmu pada Allah.


Sungguh, Dia lebih Mengetahui!


Bangunlah, Bangkitlah, Berdirilah..Walau kamu terasa payah, walau kamu terasa seksa.. Kerana hakikatnya Allah akan membantumu. Pasti! Jangan diragui.


Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Al-Imran : 159)"

Inilah dugaan. Setiap yang bergelar insan akan menghadapinya.
Alhamdulillah...

Tuesday, January 11, 2011

HEY YOU!!

You are approaching. I could see you from here. I know you seeking for me.
aaahhhhhh. I don't want to confront you. My heart just starts pumping. Faster and faster as you are nearer. Stop palpitating,please. Please be nice to me bio organic chemistry final exam!! I have have promises to keep, parents to make proud.It is the time to Walk RUN the talk!!
Zaki ,Azree Azlan,Saufi,Deli,Izzat,Aziz,Hizami,Kucai
dah2,cukup la 2 tgk muvie,men skate,tgk citer korea,fbking. Time to study la weh.
Let's open the books.
EXAM IS just AROUND THE CORNER.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Salam Imtihan
good luck to all of you.

10 SICKNESSES OF THE HEART

Ibrahim Bin Adham ( May Allah swt have mercy on him) told these sicknesses of the spiritual heart to a group of people who asked him why their dua’s weren’t getting answered. In other words, if you want your dua’s to get answered, reflect on the conditions below:


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



1. You believe in the existance of Allah (Subhanahuwa'tala) but you do not fulfil His Commands.

2. You say you love the Prophet Muhammed (Peace Be Upon Him) but you do not follow his Sunnah.

3. You read the Holy Qur'an but you do not put it into practice.

4. You enjoy all the benefits from Allah (Subhanahuwa'tala) but you are not grateful to Him.

5. You acknowledge Shaitan as your enemy but you do not go against him.

6. You want to enter Paradise but you do not work for it.

7. You do not want to be thrown into Hell-Fire but you do not try to run away from it.

8. You believe that every living-thing will face death but you do not prepare for it.

9. You gossip and find faults in others but you forget your own faults and habits.

10. You bury the Dead but you do not take a lesson from it.

Thursday, January 6, 2011

FUTSAL OF BROS

Event ni da 2-3 hari lepas sebenarnya.
Baru hari ni terasa nak upload sume gambar ni.
Thumbs up to seniors.
Terima kasih sebab tak payah bayar sesen pun.
Jazakallahu khairan.
Memang bahagia kalau tiap-tiap minggu macam ni.=D
 Game futsal anjuran keluarga "Who is Kto?" ni bukannya sama seperti futsal yang biasa dimainkan,
Rules yang dikeluarkan oleh pihak penaja ni agak pelik:

  • Satu team mesti ada seorang sahaja scorer,tidak boleh lebih dan scorer hanya diketahui oleh reff dan team itu sendiri sahaja. Kenapa macam tu? Tengok rules seterusnya
  • Hanya gol yang dijaringkan oleh scorer sahaja yang dikira,kalau orang lain score seratus pun,buat letih je,boleh la buat modal nak bangga2 sikit.p/s: jangan buat,Allah  tak suka.Ujub namanya
  • Kalau kedua-dua team draw, makanya kedua-dua pihak lawan kena teka sape scorer, kalau team yang teka tu betul so, team dia lah yang menang. Kalau dua-dua betul? Entah, saya pun tak tahu. Tiada kes sedemikian yang terdengar oleh si penulis.

kick-off
ronaldo

gambar ni terpaksa letak
 Lepas men futsal, ada mini game. Game buaya-biawak memang terbaik. Game apa 2?? Susah nak describe.

Kalau nak kenal, ni la bakal star M1

Semangat kesukanan yang tinggi ditunjukkan oleh pemain
Tu diaa.Sharp shooter
ukhwah
 Semua aktiviti dah habis, it's time for conclusion of the event. Learned sort of new things.
Aktiviti diakhiri dengan bacaan doa Rabitah Hati oleh bro Nabil(kalau tak silap) yang bakal membina sebuah keluarga bahagia tidak lama lagi. Selamat Pengantin Baru.Semoga terbinanya satu lagi keluarga islam yang di bawah redha-Nya. InsyaAllah..

Pen off..