Saturday, October 27, 2012

Oh sahabat!

Sahabat yang dikasihi,
Wallahi,
Aku memerlukan keberadaan kamu untuk ikut bersama di jalan dakwah ini.
Sungguh, jalan ini bukan jalan yang ditaburi bunga bahkan perjalananya dipenuhi duri dan sangat panjang.
Lantas, keberadaan kamu akan mampu untuk meleraikan kelesuan, menceriakan hari yang payah di sepanjang perjalanan di hari muka.

Sahabat yang dikasihi,
Tidaklah dakwah ini dibuat untuk membanding-bandingkan siapa yang lagi arif ilmunya,
Tetapi kerana sedarnya kita akan tenatnya ummat pada hari ini tanpa pelindung.
Adakah hanya apabila yang dibunuh yahudi itu ibubapa kandung kita sendiri baru kita mahu terhegeh-hegeh bangun untuk mencari pelindung ummat?
Pasti tidak bukan? Bagaimana dengan kita bersama-sama membina pelindung ummat?

moscow,russia
0312 28102012

Friday, July 27, 2012

jalan ini ialah jalan kasih dan sayang

Ternyata,
jalan dakwah yang berliku panjang ini,
membutuhkan ramai lagi manusia 'penyayang' untuk turut serta berjuang di atasnya.
Ternyata,
dakwah ini butuhkan daie 'penyayang'.
daie yang mampu menyentuh lembut hati pelaku dosa dengan kasih sayang,
lantas meninggalkan kesan keimanan yang mendalam pada hati yang gersang.
Ternyata
dakwah ini tidak perlu kepada mereka yg hanya suka memerhati pelaku dosa,
dan kemudian hanya mampu meletak label 'pendosa' pada pelaku dosa dan mencelanya.
Sedangkan mereka sedikit pun tidak berusaha mengenali pelaku dosa itu.
Apakah mereka mengira tiada harapan langsung bagi pendosa?
bukankah mereka dahulu juga begitu?


Dakwah ini adalah kasih sayang,
kita mengajak manusia dekat dengan Allah kerana kita kasih dan sayang,

"Agama ini tidak dimulakan dengan menggunakan kekuatan otot, dan kekasaran perkataan, mahupun pertembungan dan ancaman, tetapi ia dimulakan dengan perkataan yang baik, dan dengan rasa sayang"-Abbas As-Sisi

terengganu, malaysia
0405 28072012