Thursday, July 21, 2011

Tentang Kita

Sesiapa sahaja pasti diuji.
Nelayan diuji dengan angin ribut,
Petani diuji dengan kemarau,
Ya, dan kita juga. Dengan ujian kita sendiri.

Walau seberat manapun ujian, jangan mengeluh.
Kalau kita menghitung nisbah kesenangan dan kesusahan yang dikurniakan Allah s.w.t, barulah kita sedar,
Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.
Anugerah darah yang mengalir sempurna dalam badan pon tidak pernah disyukuri, sedangkan kalau Allah mahu, boleh sahaja Allah menghantar hambanya, si Anopheles untuk menyekat sistem peredaran darah kita. Lantas merosakan organ2 dalaman kita.
Tetapi, alhamdulillah hari ini darah kita masih mengalir sempurna. Masih kekal nikmat itu.

Ingatlah,
bukan kita seorang sahaja yang diuji,
bukan kita yang dugaannya paling hebat,
Jika hendak dikira segala ujian yang dilalui oleh nabi-nabi dan rasul-rasul, ia jauh lebih teruk.
Ada yang dihalau dan diburu.
Ada yang difitnah berbuat serong dengan isteri raja.
Ada yang ditumbuhi kudis penuh di tubuh.
Ada yang kepalanya digergaji.
Ada yang dilontar ke kawah mendidih.
Ada yang dicampak ke dalam unggun api.

dan anda masih rasakan diri anda paling hebat diuji?
jawaplah dengan iman.

Jadi, usahlah mengeluh.
Tukarlah gelisah hati anda menjadi ibadah, dengan sabar. InshaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh, dan menghina nasab orang."

Dan sabda Rasulullah s.a.w pula:

"Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka."
(Riwayat oleh Imam Majah)

Di facebook, begitu ramai yang menzahirkan kegelisahan dan kesedihan akan akan masalah yang dihadapi.
It's okay untuk berkongsi masalah, tapi janganlah sampai terdetik satu perasaan tidak redha dengan ujian yang diberi.

Allah s.wt menguji bukan bererti Dia membenci. Bahkan itu tandanya orang itu sedang dirahmati kerana diberi perhatian. Sekurang-kurangnya orang itu ada peluang untuk bersabar. Sabar, itu yang dikatakan ibadah. Bagi orang yang selalu tidak redha dan selalu marah-marah, dia perlu semak sama ada dia sembahyang dengan khusyuk atau main-main? Betulkah dia benar-benar bertuhankan Allah s.w.t dan mengabdikan diri kepadaNya sepenuhnya dalam segenap ketika di sepanjang masa?

Wallahu a'lam..

Monday, July 18, 2011

Noktah

Sekuat mana kasih dan cinta kita kepada seseorang,
Yang menyatukan kita ialah Allah.
Kalau Allah tidak izinkan, kita tidak akan bersatu.
Kalau Allah izinkan, sejauh mana kita terpisah, selama mana kita menyepi,sejauh mana kita lari,
InshaAllah kita akan disatukan.
Jadi sama-samalah kita mencari yang menjadikan segala sesuatu dan yang menyatukan itu iaitu Allah.

Tak mahu lagi bicara tentang cinta. Biarlah Allah yang menentukan segalanya.
Berusaha tuk menjadi yang soleh, inshaAllah dikurniakan yang solehah.
Percaya pada janji Allah.

Saturday, July 16, 2011

This one is for you.

Assalamualaikum wrt.

Bismillahirahmanirahim.

Janganlah kamu merasa resah dan gelisah, sedangkan kamu ialah orang yang meyakini qada dan qadar.

Berusahalah, berdoalah, semoga apa yang diimpikan kelak menjadi milik kamu. InshaAllah.
Aku masih dengan kataku yg dulu, tapi kamu masih berhak untuk memilih yg terbaik untuk dunia dan akhiratmu.

Sunday, July 10, 2011

Allah, permudahkanlah..

Assalamualaikum wrt..
Bismillahirahmanirahim..

Malu rasanya memasang impian tuk mendiami syurgaMu,
Sedangkan sisa sifat mazmumah masih sukar untuk dibasmi.


Allah, permudahkanlah..
Tiada tempat lain lagi untuk aku meminta.
Hanyalah padaMu aku mengadu segala resah,
kerana hanya denganMu kutemu ketenangan.





Bantulah hambaMu ini bertatih menujuMu.
Bantulah aku ke syurgaMu dengan redhaMu, kerna itu matlamatku yang satu.

Aku tahu aku tidak layak untuk ke syurgaMu, baunya belum tentu lagi dapt kuhidu,
tetapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu.






Akan ku usahakan semampuku, untuk kembali kepadaMu membawa iman di dada.
Allah, permudahkanlah..

Ya rabbi,
Telah aku lalui semalam tanpa cintaMu, sesat dalam kegelapan dunia.
Terkapai-kapai aku mencari cahaya mencari jalan pulang.
Jangan biar aku hanyut lagi dalam kegelapan ya Allah,
Walau apa sekalipun yang menjadi bayarannya, aku sanggup.
Kerna aku yakin jalan menujuMu ini lebih layak untuk aku agungkan dari setiap keseronokan jahiliyah di muka bumi ini.


Allah, permudahkanlah bagiku segalanya. Ameen~

Saturday, July 2, 2011

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum wrt.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T.
Selesai sudah perjuangan tahun pertama di I.M Sechenov First Moscow State Medical University.

Alhamdulillah, di sebuah negara yang mengagungkan kebebasan, islam bukanlah cara hidup,akan tetapi hidayah Allah masih datang mencurah pada hati yang gersang akan cinta Illahi. Sekeping hati yang dahulunya boneka yahudi, kini kembali sedar. Kembali sedar akan tujuan penciptaanya. Hati itu nekad untuk berubah, tidak lagi mahu menoleh pada kejahilannya. Hati itu telah tahu, tiada guna mengejar dunia sedangkan akhirat tercicir jauh ke belakang. Syurga, ya. Itu destinasinya. Biarpun ramai mengatakan jalannya penuh dugaan, tapi masih dia mahu mencuba. Doakan kejayaannya. Moga dia istiqamah pada jalan yang dipilihnya, moga dia tidak segan silu pula mengajak hati2 yang lain untuk ikut serta mempunyai cita yang sama.