Wednesday, February 12, 2014

Ah, terjumpa entry ini di draft, maaf, ini jadi last entrynya.

Cuba letak kaki kau
ke dalam kasut aku
cuba kau rasa sendatnya
ketatnya kasut aku
dengan kasut itu cuba kau berjalan
rasakan kerikil di tapak aku
kaca bersepai yang menjamah aku
dalam kasut aku kau dapat lihat dunia dari mata aku
dalam kasut aku
mungkin baru kau tahu
kenapa aku jadi aku
Tulisan ini aku titipkan kepada semua, buat yang menyayangi, juga buat yang membenci, buat yang memahami, juga buat yang tidak memahami, buat yang rindu dan juga buat yang tidak.

Nukilan ini hanyalah satu usaha terpencil kepada satu permintaan yang sangat besar. Yes, exactly, permintaan maaf, atas keputusan aku yang mungkin tidak boleh diterima akal kalian.

Maaf,
jika ada mengecewakan, jika ada ukhuwah yang tercalar, jika ada janji yang tidak dikota
Maaf,
jika tidak mampu lagi bersenda gurau, jika tidak mampu lagi bersua muka berkongsi segala rasa, 
Maaf,
jika ada mimpi dan harapan yang tidak boleh lagi kita kongsi bersama.


Last entry. Tutup

*lap debu, berhabuk betul kat sini.

Salam. Senyum.

Tak tahu masih ada pembaca lagi atau tak, tujuan entry ini ditulis cuma mahu maklumkan blog ini secara rasminya akan berhenti diselenggarakan. Terima kasih.

Saturday, July 20, 2013

Aqidah ini memang ajaib!

Dan Dia Yang mempersatukan hati-hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allah Subhanallahu wa Ta’ala telah mempersatukan hati-hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Anfal: 63)”

"Aqidah ini memang ajaib!" seru Syed Quthb ketika Fi Zhilalil Qur'an yang dia susun sampai di ayat ini.
"Ketika telah meresap dalam hati, ia akan menjadikan hati itu dipenuhi cinta dan kasih sayang di antara sesamanya. Yang keras beralih lunak, yang kasar menjadi lembut, yang kering berubah menjadi basah, yang liar menjadi jinak. Ia berjalin kelindan di antara sesamanya dengan jalinan yang kukuh, dalam dan empuk."
"Tak ada yang mengetahui kegaiban himpunan hati ini, kecuali Dia yang telah mempersatukannya. Tak ada yang merasakan indah kecuali hati-hati itu sendiri. Mereka berikrar untuk bermesra di-jalanNya."
- Salim A. Fillah ; Dalam Dekapan Ukhuwah
Adakah kau dapat merasainya? Aliran aqidah yang membangkitkan cinta, yang menundukkan ego, dan memurnikan jiwa?

Aku?
Aku teringin sekali merasai dan menikmatinya. Kamu? justru iman kita lah yang harus kita perbaiki dahulu.

nota kaki : dan buat kamu yang membaca, aseef jiddan jika sebelum dan selepas ini kerana kejahilan aku, aku tidak  memenuhi hak ukhuwah antara kita. 

Friday, March 15, 2013

Niat










Sandarkan perjuangan engkau semata- mata kerana Allah,
supaya engkau tidak berasa letih ditengah- tengah perjalanan.
Lillah.










Wednesday, February 6, 2013

Letih

"Sesiapa yang bernazar dirinya untuk hidup demi agama maka dia akan hidup dalam keletihan, tetapi dia akan hidup sebagai orang yang agung dan mati sebagai orang yang agung" - al-Syeikh Ahmad Yasin.

Apabila melangkah masuk sahaja ke dalam dunia dakwah dan tarbiyyah,
tidak dapat dinafikan penat dan lelah akan turut mengiringi,
selalu sahaja berdoa untuk menjadi sehebat akh- akh di luar sana yang kelihatannya seperti tidak mengenal erti letih,
terkadang berangan juga letih ini tidak pernah wujud. -.-

tetapi hari ini seperti ditampar, sedar,
sehebat manapun para duat di luar sana, hatta figure dakwah yang hebat seperti Syeikh Ahmad Yasin sekalipun,
mereka juga tidak terlepas merasai jerih perih perjuangan dan pengorbanan,
tetapi mereka tidak pernah pun mengangkat kaki untuk keluar dari perjuangan menentang kebatilan ini,

mungkin,
yang meneruskan laju hayunan langkah kaki mereka ialah kerana mereka tahu dan sedar,
keletihan adalah sunatullah para pejuang,
yang akan dirasai oleh setiap pejuang yang begitu ikhlas hatinya,

kemanisan berjuang hanya akan dapat dirasai apabila kita menyerahkan sepenuh diri hanya pada dakwah dan tarbiyyah,
menyerahkan diri sepenuhnya untuk digunakan sepenuh masa untuk agama Allah,

dan mungkin keletihan inilah sebenarnya kemanisan, keletihan inilah sebenarnya keagungan,
yang akan kita bicara tentangnya di syurga kelak, dan ketika itu pasti manusia yang lain mencemburuinya.

Saturday, December 8, 2012

Benih

Kalau semalam mereka bersusah payah,
Hari ini aku berkongsi payah dengan mereka.
Kalau semalam mereka cerahkan hati aku dengan menyemai iman,
Hari ini giliran aku pula menyemai benih iman pada ummat,

Wallahi,
Semua ini bukan kerana kemuliaan.

Sunday, November 11, 2012

Monolog 2

"... dan hari muka akan tetap datang dan berlalu pergi, dingin tanpa harapan yang membunga. Tidak lagi seperti hari-hari yang dilewati.

Tetapi, di hari-hari muka, tetap juga akan utuh kaki ini melangkah, menghapuskan kebiadapan, dan tanpa mengenal lelah dan jemu, terus mengejar misi menghidupkan kembali sekujur jasad yang sekian lama terbaring lesu. Jasad ummah.

Tuesday, November 6, 2012

Jantung

Sehingga jantung ini tidak lagi mampu mengepam darah ke segenap penjuru badan, tidak akan aku tinggalkan dakwah dan tarbiyah ini.

Teruslah berdenyut duhai jantung.

Monday, October 29, 2012

Monolog

Suatu saat mungkin kau bertanyakan,
pernahkah ada cinta di hati ini sebelum engkau?

"Ya, pernah!"
Jika cinta yang didasari nafsu dunia, cinta ini pernah terbelah bahagi banyaknya.

Tetapi jika cinta berlandaskan iman dan taqwa, tiada lagi selain engkau.

moscow,russia
0248 30102012

Saturday, October 27, 2012

Oh sahabat!

Sahabat yang dikasihi,
Wallahi,
Aku memerlukan keberadaan kamu untuk ikut bersama di jalan dakwah ini.
Sungguh, jalan ini bukan jalan yang ditaburi bunga bahkan perjalananya dipenuhi duri dan sangat panjang.
Lantas, keberadaan kamu akan mampu untuk meleraikan kelesuan, menceriakan hari yang payah di sepanjang perjalanan di hari muka.

Sahabat yang dikasihi,
Tidaklah dakwah ini dibuat untuk membanding-bandingkan siapa yang lagi arif ilmunya,
Tetapi kerana sedarnya kita akan tenatnya ummat pada hari ini tanpa pelindung.
Adakah hanya apabila yang dibunuh yahudi itu ibubapa kandung kita sendiri baru kita mahu terhegeh-hegeh bangun untuk mencari pelindung ummat?
Pasti tidak bukan? Bagaimana dengan kita bersama-sama membina pelindung ummat?

moscow,russia
0312 28102012

Friday, July 27, 2012

jalan ini ialah jalan kasih dan sayang

Ternyata,
jalan dakwah yang berliku panjang ini,
membutuhkan ramai lagi manusia 'penyayang' untuk turut serta berjuang di atasnya.
Ternyata,
dakwah ini butuhkan daie 'penyayang'.
daie yang mampu menyentuh lembut hati pelaku dosa dengan kasih sayang,
lantas meninggalkan kesan keimanan yang mendalam pada hati yang gersang.
Ternyata
dakwah ini tidak perlu kepada mereka yg hanya suka memerhati pelaku dosa,
dan kemudian hanya mampu meletak label 'pendosa' pada pelaku dosa dan mencelanya.
Sedangkan mereka sedikit pun tidak berusaha mengenali pelaku dosa itu.
Apakah mereka mengira tiada harapan langsung bagi pendosa?
bukankah mereka dahulu juga begitu?


Dakwah ini adalah kasih sayang,
kita mengajak manusia dekat dengan Allah kerana kita kasih dan sayang,

"Agama ini tidak dimulakan dengan menggunakan kekuatan otot, dan kekasaran perkataan, mahupun pertembungan dan ancaman, tetapi ia dimulakan dengan perkataan yang baik, dan dengan rasa sayang"-Abbas As-Sisi

terengganu, malaysia
0405 28072012

Monday, July 2, 2012

nota ringkas

Ketika kamu begitu asyik didodoi nafsu,
dan seakan-akan sahaja realiti itu fantasi,

Lalu dimanakah letaknya Allah dalam hatimu?
Di mahligai tertinggi? atau mungkin?

Jom muhasabah!

terengganu, malaysia
0511 03072012

Tuesday, April 3, 2012

Satu


Destinasi yang satu,
tetapi banyak pula gerabak dan haluannya.
Aku ingin mengajak kamu, bersama di dalam satu gerabak.
Bersama berkongsi rasa,
berkongsi indah atau jeleknya pemandangan,
sebelum tibanya kita, pada destinasi yang pasti.


moscow, russia
0218 04042012

Wednesday, February 29, 2012

Tak terungkap

malam ini,
aku sendiri.
menyusuri hari-hari lampauku
satu demi satu kutelusuri, memutar kembali putaran sejarah
ini adalah satu kepulangan
kembali untuk melihat diri yang silam, diri yang kelam.
terlihat, tika itu kejahilan hampir sahaja menyelinap ke setiap inci tubuhku.

betapa aku kini malu pada sang pendosa itu
tetapi tetap dia mahu mengajarkanku teladan
'jangan kau jatuh lagi ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyaki ini!'

mujurlah,
kalau bukan keranaMu ya Allah
kalau bukan kerana tarbiyyah ini
kalau bukan kerana kamu sahabat-sahabat
masih terlena diri ini mungkin
diulit cita-cita duniawi.

dan tidaklah aku berada di sini tuk menyatakan penghargaanku,
menanggalkan ego seorang lelaki
tuk menyatakan terima kasihku, sebagai tanda cinta ini.
kerana membawa aku pada satu jalan yang kita imani kebenarannya.

sahabat-sahabat,
betapa sesungguhnya aku mencintai kamu kerana Allah.

notakaki: bukan akhawat je boleh basahkan ukhuwah ^^

moscow, russia
0243 01032012

Tuesday, February 14, 2012

Namamu, Sang Rasul


dulu aku bertanya, mengapa namamu yang berulangkali disebutNya
dan kisahmu yang bertebar merambah hampir tiap surah
bahkan Allah menetapkan; kau terkisah untuk menguatkan jiwa
hati dan rasa seorang Nabi penutup masa
ya, kini aku tahu.. betapa tak mudah menjadimu hai Musa
mengemban risalah dalam keadaan yang serba tak sempurna
kau tak fasih bicara, sulit berkata-kata
dan sebab khilaf masa lalu, kau tersalah membunuh
maka saat wahyu turun, air matamu menitik, tubuhmu berpeluh
dalam kesadaran akan beratnya beban, kau mengeluh
“bicaraku gagap, lidahku kelu, aku takut mereka akan mendustakanku..
dan pada mereka aku berdosa sungguh, aku takut akan dibunuh”
ya, kini aku tahu, sungguh tak mudah menjadimu
sebab dalam keterbatasan itu, Allah berikan untukmu lawan penuh kuasa
perbendaharaannya kaya, kerajaannya luas, tentaranya perkasa
punggawanya setia, lagi taat buta
mengaku tuhan tertinggi, dia merasa berkuasa atas hidup dan mati
dan kau.. kau terhutang budi masa kecil padanya
dan tahukah kau duh Musa, kelak kaum yang kau pimpin
yang kau bimbing bebas dari perbudakan tiran
yang menyaksikan sejuta kuasa Allah menaungi mereka
akan berlomba membangkangi Allah dan mendurhakaimu?
malam ini kususuri kisahmu, dan aku takjub
atas takdirNya, masa lalumu tak sempurna
kau terpilih memikul risalah suci, dan kau didustakan
sedang Muhammad dipilihNya dari pribadi yang terjaga sempurna
dia memikul risalah dengan gelar al amin yang masyhur sudah
tapi diapun tetap didustakan
mungkin sebab itulah kisahmu selalu menjadi penguat hatinya
di saat-saat berat, Muhammad mengenangmu dan melirihkan gumam
“semoga Allah menyayangi saudaraku Musa..
sungguh ia dicobai lebih menyakitkan dari ini”
malam ini duhai Musa, kususuri kisahmu
aku tersenyum, alhamdulillah, kau membuatku merasa
beban-beban da’wah ini hanyalah seberkas kapas
tapi di sisi lain, menelisik ceritamu, mataku basah
“ahh.. surga, rasanya masih jauh, sangat jauh..”
sepenuh cinta,

Wednesday, November 9, 2011

Aidiladha di Moscow.

SubhanAllah, Maha Suci Allah.
Suhu pada hari itu -11 C'
Seramai 80000 muslim berkumpul,
Bayangkan berada dalam peti ais selama 2 jam,
Mungkin lebih sejuk lagi.

Mereka solat dari masjid hinggalah kedalam McDonald,
Dimana sahaja ialah tempat untuk solat.

Tengok video,
Perhatikan semangat mereka,
Kemudian perhatikan diri kita,
perhatikan iman kita. Muhasabah.
Solat di McD

Besyukurkah kita?
Kita lahir islam di sebuah negara islam.
Tidak malukah diri kita dengan mereka?
Kita lahir islam di sebuah negara islam.
tetapi,
masih gah berseluar pendek di gelanggang futsal,
masih berasa cantik dan selamat dengan pakaian2 jahiliyah,
masih selesa berpegangan tangan dengan bukan mahram,
masih mendahulukan hiburan daripada solat di awal waktu,
masih menjadikan hiburan2 barat sebagai teman disepanjang hari,

Sudah masanya kita bangkit!
Sampai bila lagi mahu hidup bersama jahiliyah?
Ayuh, kita tinggalkan jahiliyah.
Percayalah,
kita masih boleh hidup walau tanpa jahiliyah,
kita masih boleh bahagia walau tanpa jahiliyah.
Kerana yang memberi rasa dalam hati kita itu,
BUKAN perkara jahiliyah yang Barat ajari kamu itu,
tetapi Allah Azza Wa Jalla.

Monday, October 17, 2011

Аллах, спасибо большое.

Alhamdulillah, setelah sekian lama, sibuk mengejar visi dan misi,
kembali diberi kelapangan masa oleh Allah untuk menulis,

Alhamdulillah, terima kasih Allah, untuk nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Berita gembira demi berita gembira diterima. Senyuman tidak pernah lekang menghiasi wajah mengenangkan nikmat yang diterima. Kalaulah setiap masa diperuntukkan hanya untuk memuji membesarkan Allah, nescaya masih belum mampu untuk membalas segala kebaikanNya.
Itulah tuhan saya, tuhan anda, dan tuhan kepada semua.
Ar Rahman sifatNya.
Tanpa mengira darjat ketaatan kita kepadaNya, nikmatNya tetap juga akan mengalir. Sehinggakan diri terasa tidak layak untuk menerima apa-apa kebaikan dariNya, apabila mengenangkan lemahnya  mujahadah.





Monday, August 29, 2011

Semangat Syawal

Kurang 4 jam lagi, ramadhan bakal melabuhkan tirainya. Ramadhan bulan penuh berkat tetap akan berlalu pergi tanpa ada siapa yang mampu menghalang.
Pemergian yang bakal ditangisi oleh semua manusia yang 'faham'.

Ya, kita tidak akan pernah mampu untuk hentikan masa, untuk selamanya meraih ganjaran yang dilipat gandakan di bulan ini. Tetapi kita masih mampu untuk membawa semangat beramal itu jika 'matlamat Ramadhan' itu berjaya kita raih.

Matlamat Ramadhan.

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa” (QS. al-Baqarah/2: 183).

Puasa itu matlamatnya taqwa, tetapi berapa kerat dalam kalangan kita yang berjaya melangkah keluar dari madrasah Ramadhan yang agung ini tuk menjadi orang yang bertaqwa?

Taqwa itu pula ialah meninggalkan larangan dan mengerjakan suruhan Allah.
Tetapi, manusia yang meninggalkan larangan dan mengerjakan suruhan itu belum tentu lagi bertaqwa, jika larangan yang ditinggalkan dan amalan yang dikerjakan adalah untuk mendapat pujian manusia. Disinilah perlu diperhalusi kembali niat kita. Mencari hakikat ikhlas di dalam diri. Tidak ada gunanya solat sunat tarawih berjemaah sepanjang ramadhan dan disertai pula dengan khatam al-quran jika amalan itu tidak disandarkan niatnya semata-mata kerana Allah. Bahkan, lebih teruk lagi, merasa riak dan takabbur dengan amalan kita yang banyak. Nauzubillah.

Taqwa itu melindungi.
Sesiapa yang bertaqwa dipakaikan dengan pakaian kalis maksiat. Jika kita masih belum kalis dengan maksiat, maka jawapnya, belum layak lagi kita digelar orang bertaqwa .
Jadi, Ramadhan ini ialah landasan terbaik untuk kita menjadi orang bertaqwa. Mari kita sahut seruan Illahi untuk mengakhiri Ramadhan ini menjadi orang yang bertaqwa.
Biarlah kita keluar dari madrasah Ramadhan ini memegang erat sekeping sijil taqwa yang validnya biarlah hingga hujung nyawa, lantas menjadikan kita orang yang selamanya kalis dengan  maksiat. InshaAllah.

Jadilah kita orang yang bergembira menyambut ketibaan syawal bagi meraikan kemenangan kita memperoleh taqwa,
dan bukannya menjadi orang yang bergembira bagi meraikan terlepasnya syaitan dari sangkarnya.

Sekian, Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Taqabbalullah minna waminka’

Saturday, August 6, 2011

Gugurnya kerana Allah.

Tatkala lidah mengulang lafaz 'waqina 'aza bannar'
mengalir deras air mata membasahi pipinya.
Dan aku hanya tertunduk diam mendengar tangis esaknya.
Cemburu,
Cemburu kerana dia mampu menitiskan air mata yang mampu membawanya jauh dari api neraka.

Allah, kurniakanlah kami hati sebaik hatinya.

Thursday, July 21, 2011

Tentang Kita

Sesiapa sahaja pasti diuji.
Nelayan diuji dengan angin ribut,
Petani diuji dengan kemarau,
Ya, dan kita juga. Dengan ujian kita sendiri.

Walau seberat manapun ujian, jangan mengeluh.
Kalau kita menghitung nisbah kesenangan dan kesusahan yang dikurniakan Allah s.w.t, barulah kita sedar,
Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.
Anugerah darah yang mengalir sempurna dalam badan pon tidak pernah disyukuri, sedangkan kalau Allah mahu, boleh sahaja Allah menghantar hambanya, si Anopheles untuk menyekat sistem peredaran darah kita. Lantas merosakan organ2 dalaman kita.
Tetapi, alhamdulillah hari ini darah kita masih mengalir sempurna. Masih kekal nikmat itu.

Ingatlah,
bukan kita seorang sahaja yang diuji,
bukan kita yang dugaannya paling hebat,
Jika hendak dikira segala ujian yang dilalui oleh nabi-nabi dan rasul-rasul, ia jauh lebih teruk.
Ada yang dihalau dan diburu.
Ada yang difitnah berbuat serong dengan isteri raja.
Ada yang ditumbuhi kudis penuh di tubuh.
Ada yang kepalanya digergaji.
Ada yang dilontar ke kawah mendidih.
Ada yang dicampak ke dalam unggun api.

dan anda masih rasakan diri anda paling hebat diuji?
jawaplah dengan iman.

Jadi, usahlah mengeluh.
Tukarlah gelisah hati anda menjadi ibadah, dengan sabar. InshaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh, dan menghina nasab orang."

Dan sabda Rasulullah s.a.w pula:

"Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka."
(Riwayat oleh Imam Majah)

Di facebook, begitu ramai yang menzahirkan kegelisahan dan kesedihan akan akan masalah yang dihadapi.
It's okay untuk berkongsi masalah, tapi janganlah sampai terdetik satu perasaan tidak redha dengan ujian yang diberi.

Allah s.wt menguji bukan bererti Dia membenci. Bahkan itu tandanya orang itu sedang dirahmati kerana diberi perhatian. Sekurang-kurangnya orang itu ada peluang untuk bersabar. Sabar, itu yang dikatakan ibadah. Bagi orang yang selalu tidak redha dan selalu marah-marah, dia perlu semak sama ada dia sembahyang dengan khusyuk atau main-main? Betulkah dia benar-benar bertuhankan Allah s.w.t dan mengabdikan diri kepadaNya sepenuhnya dalam segenap ketika di sepanjang masa?

Wallahu a'lam..